“Menjadi Sungguh Surprisenya.Malu Kejap Tengah Pantai.” Isteri-Isteri Hantar ‘Spiderman’ Surprise Ashraf Muslim. Sweet!

Share

Kejutan yang sangat luar biasa. Di tengah-tengah panas didatangi oleh ‘spiderman’ dengan jambangan belon membuatkan pelakon dan pengacara, Ashraf Muslim terkejut bercampur malu.
Menurutnya, dia yang tengah menemani anak-anaknya bermain di tepi pantai terkejut dengan kehadiran spiderman tersebut.
Rupa-rupanya kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi bersepakat membuat kejutan bersempena ulang tahun hari kelahiran Ashraf Muslim.
Berkongsi momen manis tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya, Ashraf berkata dia tidak menyangka kedua-dua isterinya merancang kejutan tersebut.

Ashraf turut menitipkan ucapan terima kasih buat Dayana dan Wan Sakinah kerana sentiasa bersamanya saat susah dan senang.
Pelakon Ada Apa Dengan Dosa itu turut mendoakan bidadari-bidadarinya itu diberikan syurga oleh Allah SWT.

“Terima kasih isteri-isteriku kerana sentiasa bersamaku dalam waktu susah dan senang. InsyaAllah syurgalah tempatmu wahai bidadari-bidadariku…Love both of you mama and ibu.

“Menjadi sungguh surprisenya…Malu kejap tengan-tengah pantai tu. Anyway thank you soo much!,” luahnya pada ruangan kapsyen.

Difahamkan, ketika menerima kejutan tersebut Ashraf dan keluarga sedang bercuti di sebuah pantai peranginan dalam negara.

Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman, di Makkah pada 30 Ogos 2011, sebelum menikahi Wan Sakinah Ahmad Saburi, selaku isteri keduanya di selatan Thailand pada 7 Julai 2013.

Hasil perkongsian hidup dengan dua wanita itu, pelakon berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Anas Ashraf dan Adam Ashraf.

IKLAN