Menu Simple Kentang Goreng Berlada Dengan Ikan Bilis, Makan Dengan Nasi Panas Memang Layan!

Share

Weekend ni masa untuk merehatkan diri. Ikutkan hati nak gantung kuali je, tapi kesian pula kan anak-anak dan suami nak makan.

Jadi apa kata jom masak menu yang mudah dan cepat seperti kentang goreng berlada dengan ikan bilis ini. Ringkas tapi sangat menyelerakan.

RESIPI KENTANG GORENG BERLADA DENGAN IKAN BILIS

Bahan-bahan:

Bawang merah*
Bawang putih*
Cili api merah*
Cili api hijau*
Limau kasturi (jika suka)
Garam
Gula
Ajinamoto
Kentang
Ikan bilis

Cara-cara:

Potong kentang secara membulat. Tapi jangan terlalu nipis dan tak terlalu tebal. Kemudian goreng kentang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

Goreng juga ilkan bilis, angkat dan ketepikan.

Kisar kasar bahan bertanda (*). Kemudian tumis semua bahan yang sudah dikisar kasar sehingga garing.

Masukkan garam, sedikit gula, ajinamoto dan juga perahan asam limau untuk dapatkan aroma wangi (jika suka).

Apaila sambal sudah garing, masukkan kentang dan ikan bilis yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati dan siap untuk dihidangkan.

Satu lauk ini pun dah cukup, makan dengan nasi panas-panas. Sedapnya! Selamat mencuba.

Kredit: Nurul Ain Alaui

IKLAN