Menu Wajib Raya, Mee Kari Ni Memang Legend! Nak Lebih Sedap Letak Ikan Bilis, Confirm Licin Sepinggan.

Share

Selain nasi impit, rendang atau ketupat, mee kari adalah antara menu wajib ada pada hari raya pertama.

Memang menjadi menu kesukaan keluarga, tambahan pula pelbagai lauk dalam kuah kari. Rasa enak kuah dengan dilengkapi sayur dan telur rebus pasti licin sepinggan.

Usah berduka jika tidak dapat pulang ke kampung, raya tetap raya. Jom buat menu ni untuk meraikan hari raya!

 

BAHAN-BAHAN

4 bji bawang merah bland
1 labu bawang putih bland
2 pek serbuk kari daging (yg kecil)
1 senduk cili giling
1 pek 3sekawan (yg rm1 tu)
2 kiub pati ayam maggi
fishcake
fishball
tauhu kering
isi ayam atau tulang2 ayam
1 kotak santan 200ml
gula & garam secukupnya
air
ikan bilis segenggam dan bland dengan sedikit air sampai hancur (rahsia penyedap mee kari)
bahan hiasan:-
Telur Rebus
Cili merah
Sawi
Taugeh
Limau kasturi

CARA PENYEDIAAN:

Tumis bahan kisar , 3sekawan ,cili kisar dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah di kisar tadi.

Ikan bilis tu adalah rahsia mee kari yang sedap. sayapun dapat tips ni dari mak mertua adik yang pernah berniaga mee kari satu ketika dahulu..

Kemudian masukkan batang sawi yang dah di potong. Batang sahaja ok. daun dia jangan masuk skli dalam kuah ni… Masukkan ayam , fishball ,fishcake.

Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai2 la bajek air k….
Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya.. kalau suka pak aji boleh masukan sedikit… last sekali masukan tauhu kering. Tunggu 

sampai mendidih.

Siap! Boleh la dihidang bersama bahan untuk hiasan tu.

Selamat mencuba!

Kredit: are peace dan Anisza mohd Shukri

IKLAN