Meriah! Sekitar Majlis Akikah Anak Dynas. Comelnya Edriel Obil!

Share

Meriah sekitar majlis akikah anak pelakon Dynas Mokhtar dan suami Mohamad Shazrik Che Mohd Din. Pada usia  57 hari kelahiran bayi comel yang diberi nama Edriel Obil telah diraik majlis itu.

Lebih manis keluarga bahagia ini, keluarga ini memilih tema sedondon mengenai persalinan dalam rona biru tua.

Majlis juga diserikan dengan  beberapa rakan selebriti dilihat hadir ke majlis tersebut, meraikan permata hari bongsu pasangan berkenaan.

Ikuti perkongsian sekitar majlis ini

Terdahulu, Dynas atau nama penuhnya  Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkahwin dengan Shazrik pada April tahun lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.

Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Edriel Obil pada 17 Mei lalu. Manakala perkahwinan pertama , Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7.

Sumber: Instarma

IKLAN