Meruntun Jiwa Video Surprise Anzalna, Hadiah Kereta Baru Buat Ibu Ayah. Sungguh Inspirasi!

Share

Benarlah kata perpatah ini, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Semalam, sempena raikan ulangtahun perkahwinan ke tiga, aktres terkenal Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada ibu bapanya.

Lebih mengujakan, Anzalna berlakon kononya, kereta itu adalah pemberian daripada suaminya. Bagaimanapun, detik meruntun jiwa apabila Anzalna mengatakan kereta itu milik ibu bapanya sempena ulangtahun perkahwinan Anzalna dan suami. Sungguh meruntun jiwa perkongsian Anzalna.

“Berlakon lah kejap..”

“It’s yours!”

Kasih sayang seorang anak

“Ini kereta mama..”

Berikut video dimuat naik di instagram Anzalna. 

 

Anzalna percaya, walaupun dah berkahwin, jangan sesekali lupa jasa kedua ibu bapa.

 “I believe even when you’re married never ever forget your parents who raised you and always respect your husband.”

 

Tak perlu tunggu kaya untuk membahagiakan kedua ibu bapa kita

Abah tengah recall balik kejadian Hahahhahahaha ? Tak perlu tunggu kaya untuk membahagiakan kedua ibu bapa kita. Kebahagiaan itu bukan terletak pada ‘benda’ yang kita beri, akan tetapi bersandar di atas sebuah tulus ingatan. Terlalu banyak pengorbanan mereka dalam membesarkan kita. Sebagai anak, jangan sesekali kita lupa untuk terus berbakti kepada mereka walaupun kita sudah ada kehidupan sendiri. Always remember this, kebahagiaan itu bukan di atas kekayaan, dan tidak akan jatuh miskin jika kita menolong kedua ibu bapa. Jangan pernah takut untuk memberi. 


Santunilah Ibu bapamu sementara mereka masih ada.

Sementara itu, kejutan yang dikongsi oleh Anzalna di instagramnya telah mengundang sebak di hati  netizen. Sunggah inspirasi perkongsian Anzalna dengan menyantuni ke ibu bapanya.

Semua mata netizen masuk habuk! 

Moga kita pun dapat santuni ibu bapa sementara mereka masih hidup..

IKLAN