Bercucuk tanam jika diusahakan meskipun secara kecil-kecilan boleh dijadikan sumber rezeki sekiranya diusahakan dengan gigih. Ini sebagaimana bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Apa yang pasti, setiap rezeki itu perlu diusahakan untuk memperolehinya.

Begitulah yang sedang diikhtiarkan oleh pasangan suami isteri OKU (Orang Kurang Upaya) ini dalam meneruskan kehidupan untuk membesarkan anak-anak.

Meskipun Merangkak Tanam Pokok, Usaha Suami OKU Ni Sara Keluarga Tarik Perhatian!

Meskipun terpaksa merangkak untuk menanam anak pokok di kebun seluas 0.2 hektar, tidak sedikit pun menghalang suami ini  bersama isterinya mengusahakan tanaman di Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian sepertimana yang dilaporkan di Sinar Harian.

OKU fizikal berkenaan, Muhammad Hafidz Abdul Rahman, 40, berkata, bahkan berbesar hati melakukan kerja halal itu bagi menyara kehidupan isteri, Nurul Izzaifah Daud, 33, bersama dua anak perempuan mereka yang normal berusia lapan tahun dan enam bulan.

Katanya, dia perlu merebahkan badan dan merangkak untuk menanam anak pokok kerana kedua-dua belah kakinya tidak dapat diluruskan dan terpaksa berjalan dalam keadaan lutut yang membengkok.

“Tidak jadi masalah sebab keadaan ini saya hadapi sejak lahir, sama juga seperti keadaan isteri.

Kami adalah bekas atlet paralimpik Kelantan, saya dalam sukan angkat berat manakala isteri bermain bola jaring.

Meskipun Merangkak Tanam Pokok, Usaha Suami OKU Ni Sara Keluarga Tarik Perhatian!

Pasangan orang kurang upaya (OKU) fizikal, Muhammad Hafidz Abdul Rahman, 40, (kanan) dan isteri, Nurul Izzaifah Daud, 33, bersama-sama mengupas kulit kunyit sebelum dikisar dan digaul bersama garam sebelum dijual kepada pelanggan.

“Cuma sekarang tidak boleh merangkak terlalu lama kerana akan terasa sakit pada bahagian pinggang, berbeza berbanding ketika usia muda dahulu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di kebun Rimba Organik Komuniti (ROK) di Kubang Kerian di sini.

IKLAN

ROK dijalankan dengan kerjasama Min House Camp, Universiti Sains Malaysia (USM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Persatuan Sindrom Down Kelantan dan Persatuan Pertanian Kelantan melibatkan 20 OKU yang mengusahakan kebun di tanah wakaf sebagai ikhtiar sara hidup sejak Ogos tahun lalu.

Muhammad Hafidz berkata, pihaknya tidak mahu mengharapkan belas ihsan orang ramai sebaliknya berusaha dan dia sendiri mempunyai pekerjaan tetap sebagai pereka grafik manakala isterinya pula membuat kuih-muih serta mengambil pelbagai tempahan makanan kenduri.

“Saya bermula sebagai pereka grafik pada tahun 2013 dengan bekerja di sebuah syarikat namun terjejas akibat Covid-19 dan syarikat terpaksa gulung tikar pada 2019.

“Sejak itu saya melakukan kerja sebagai pereka grafik untuk iklan dan risalah secara sendiri menerusi promosi di Facebook dengan memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sebulan bergantung kepada tempahan pelanggan,” katanya.

Nurul Izzaifah pula berkata, pokok ulaman dan sayuran seperti kunyit, lengkuas dan serai yang ditanam di kebun itu akan dijual oleh mereka bagi menambahkan pendapatan.

“Selain menjual secara terus, saya juga memproses kunyit menjadi garam kunyit yang siap dikisar dan dijual RM2 bagi bekas kecil manakala RM10 untuk saiz yang lebih besar.

“Alhamdulillah, terlalu ramai membantu termasuk Macma yang membina rumah di kebun ini dan setiap kami menerima bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) berjumlah RM450 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Bagi yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun Bank Islam Nurul Izzaifah Daud 03036021177976 atau hubunginya di talian 0179624044.

IKLAN

Sumber : Sinar Harian 

Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.

 

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!

IKLAN

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Lagi video menarik!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Meskipun Merangkak Tanam Pokok, Usaha Suami OKU Ni Sara Keluarga Tarik Perhatian!

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI