Minuman Herba Untuk En. Suami. Lebih Sihat & Kekal Muda!

Share

Meskipun zaman sudah moden, bukan bererti kita tidak lagi mengamalkan budaya minum herba atau jamu untuk tujuan penjagaan kesihatan dan kecantikan.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan sekarang ini seakan menjadi trend ramai antara kita  kembali mengamalkan jamu.

Bercerita tentang jamu atau minuman herba untuk awet muda, bukan sahaja wanita suka mengamalkannya.

Malah kaum lelaki juga tidak terkecuali, seperti Johanis Haslan yang turut berkongsi minuman herba kegemarannya yang sering dihasilkan sendiri untuk tujuan kesihatan dan awet muda.

Nak tahu apa ramuannya, jom teliti bahan dan cara penyediaannya. Jadi bolehlah disediakan untuk En Suami, pasti suami hargainya.


Bahan-bahan :

Kunyit

Halia

Daun Sirih

Temu Kunci

Kencur

Asam jawa

Lemon

Gula Organik

Kulit Kayu Manis

 

Cara penyediaan :

  1. Masukkan semu bahan di dalam pengisar.

 

2. Kisar halus.

3. Rebus hingga mendidih.

4. Kemudian tapis dan biarkan suam sebelum diminum.

Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN