“Mirip Wajah Ibu Yang Melahirkan.” Dah Besar Makin Hensem, Wajah Terbaru Dua Anak Lelaki Ashraf Muslim Curi Perhatian!

Share

Lama tidak melihat wajah-wajah anak-anak Ashraf Muslim dan isteri-isterinya. Walaupun berbeza ibu namun hubungan mereka cukup rapat.

Terbaru, pelakon ini memuatnaik gambar anak-anak lelakinya. Adam merupakan anak hasil perkahwinan bersama isteri kedua iaitu Wan Sakinah manakala Anas Pula adalah anak daripada isteri pertama Ashraf iaitu Noor Dayana Lokman.

Ashraf bersama anaknya, Adam.
Ashraf bersama anaknya Anas.

Jika diperhatikan kedua mereka memiliki raut wajah ibu mereka masing-masing.

Untuk rekod, Adam dan Anas kini sudah pun berusia 7 tahun. Adam yang merupakan anak Kedua daripada tiga beradik. Dia memiliki seorang kakak yang diberi nama Sarah Ashraf dan seorang adik perempuan. Manakala Anas pula merupakan satu-satunya anak tunggal.

 

Umum sedia maklum, sejak dahulu lagi hubungan antara Dayana dan Sakinah sangat baik. Bahkan ke mana sahaja atau apa jua aktiviti dilakukan bersama baik ketika ada Ashraf mahupun tidak.

Perkongsian Ashraf menerusi laman Instagramnya Itu nyata mendapat perhatian ramai.

Hero-hero ku ! Adam Ashraf dan Anas Ashraf.

Demikian tulis bapa kepada empat cahaya mata ini menerusi kapsyennya sambil memuatnaik sekeping gambar dua beradik ini.

maimun.mai.773 Moga menjadi anak² yg soleh dan kebanggaan family suatu hari nanti…❤️❤️❤️❤️
herlina140682 tgk muka je dh tau anak dr isteri yg mana sbb dua2 ikut muka the ibu masing2….😍😍
msfattyyyyy Anak2abg Ashraff comel sgt❤️❤️❤️❤️❤️
lynnsemaat Dh hengsem dh adik beradik ni..😍😍
hijrah_itu_indah_92 Semoga membesar dengan sihat, dan menjadi anak yg soleh.. Aamiin
saeyahidris Mirip wajah ibu yang melahirkan. 😍

Sumber: ashrafmuslim

IKLAN