Modal RM 1 Je, Ibu Anak 3 Ni Bertanam Sawi Di Tepi Rumah. Boleh Tiru!

Share

Menanam semula lebihan sayur-sayuran yang dibeli di pasar, bolehlah dianggap satu cara yang mesra untuk beginner memulakan langkah bercucuk tanam di laman rumah. Cara ini juga nyata tidak memerlukan modal yang besar sebagaimana yang dilakukan oleh ibu anak tiga ini.

Puan Farizah memulakan tanaman sawi dengan hanya bermodalkan RM 1. Cukup menarik dan ini telah dikongsikan diakaun fbnya untuk manfaat bersama. Oleh itu,  bolehlah dicuba untuk kita yang baru berjinak-jinak ingin bertanam sayur. Jom semak!

Mula mula memang saja nak cuba jer. Tak sangka menjadi. Alhamdulillah. Ok beli seikat sawi di kedai RM 1, potong tapi yang bahagian bawah tu jangan tinggal. Terus tanam, tak perlu tanah yang luas pon. Siram setiap pagi dan petang.

Setelah beberapa minggu, keluar tunas baru. Teruskan siram dan belai belai manja. Pujuk dia supaya hidup.

Ini masa hati berbunga riang. Daun mula melebar. Bunga baru nak keluar.

 

Selepas beberapa minggu, pokok akan meninggi, dan keluarkan bunga. Inilah bunga sawi bewarna kuning. Teruskan siram pagi dan petang. Jangan skip.

Sampai satu tahap, pokok akan keluarkan biji sawi. Sekali pandang macam cili tapi dalam tu lah biji sawi.

Pilih biji sawi paling matang. Semai semula dalam pasu. Keesokan harinya dah keluar anak pokok sawi yang kecik kecik tu.
Yang besar tu, Cikjah try and error cucuk kucai incase sawi tak tumbuh, daku tak kecewa sangat sebab ada kucai backup dalam 1 pasu. Hehe Alhamdulillah, hidup pulak dia.

 

sumber : Farizah Rahman

IKLAN