Moga Neelofa Jadi Isteri Solehah, PU Riz Jaga Perhiasan Dunia Yang baik Allah Bagi Ni.” Ustaz Don Titip Doa!

Share

Tular sebelum ini  video jari Neelofa dipenuhi inai, yang menguatkan lagi tekaan selebriti ini bakal mengakhiri zaman bujangnya.

Terbaru pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal memberi ucapan seakan mengiyakan perkhabaran mengenai perkahwinan bekas pengacara MeleTOP itu.

Beliau memuat naik  ucapan tersebut menerusi facebooknya usai selesai program bersama Neelofa dan Nabil Ahmad Ramadan nanti.

NtoN (Nabil to Neelofa)
.
Alhamdulillah selesai hari ni shooting dengan 2 orang insan hebat yg Allah pilih mereka atas kehebatan mereka, Nabil & Neelofa.


.
Untuk Nabil Ahmad my brother, saya doakan agar sentiasa dalam peliharaan Allah, dilindungi daripada fitnah, selamat daripada bala bencana, dijauhkan daripada tangan-tangan yg tidak bertanggungjawab, sentiasa dalam circle yang diredhai Allah.

Credit kepada kumpulan tabligh, Sri petaling, maulana2 yg banyak bagi kesan kepada sahabat saya ini. Brother, I love u.


.
Untuk Neelofa , saya doakan untuk hari mendatang, agar disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik, diberi pilihan itu pilihan yg baik, semoga Neelofa menjadi isteri solehah, dan kepada Riz, jaga perhiasan dunia yg baik yg Allah bagi ini.


.
Jangan lupa tonton rancangan NtoN, Nabil to Neelofa, Ramadhan ini di Astro Ria

IKLAN