Mudah Je Nak Buat Bihun Goreng Budak Sekolah Ni. Confirm Anak-Anak Makan Bertambah!

Share

Siapa kat sini gigih lah masak letak sayur, tapi anak-anak mudah je jadikan benteng kat tepi dikuisnya tak nak makan!

Lagi-lagi masak gorengan macam bihun goreng ke, mi goreng ke, mak-mak pula sakit hati tengok sayur tak termakan. Dari membazir, baik tak perlu letak langsung dan ikut resipi mudah nak goreng bihun ni, sesuai dengan nama ‘bihun goreng budak sekolah’ yang memang tiada langsung sayurnya!

Bila buat bihun ni, teringat momen beli makanan kat kantin sekolah dulu-dulu, betul tak? Buat ni confirm anak makan berselera! Tak percaya? Jom cuba buat.

Bihun Goreng Budak Sekolah

Bahan-bahannya :-

1 biji bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 sudu kecil udang kering – kisar
2 atau 3 sudu cili kisar
2 sudu besar cili sos
1 atau 2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar gula cukup dah. Lebih sudu bahaya.
sedikit garam dan
sedikit serbuk perasa
3 biji telur.
1 bungkus bihun
minyak

Cara-caranya :-

1) Kisar 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih dan 1 sudu kecil udang kering. Nak tumbuk pun boleh, yang tak boleh tumbuk orang. 🙄 Panaskan minyak, tumis hingga kekuningan dan naik bau.

2) Masuk 2 atau 3 sudu cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.

3) Masuk 2 sudu besar cili sos.

4) Masuk 1 atau 2 sudu besar sos tiram.

5) Masuk pula 3 sudu besar kicap. Kacau dan kacau hingga sebati.

6) Letak 1 sudu besar gula cukup dah. Lebih sudu bahaya.

7) Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa. Kacau dan kacau, tunggu sampai pecah minyak helok.

8) Ketepikan sos tumisan, terjunkan 3 biji telur.

9) Akhir sekali masuk 1 bungkus bihun. Kacau dan kacau hingga sebati

10) Mesra dah semua bahan, semesra kasihku padamu. 🙄

11) Cedok dan hidang.

Tiba anak tanya. “Ibu lapar ni, dah ambil gambar masuk facebook ke?”

🙄🙄🙄

Mereka memerhati rupanya. 🙄

Sumber : Liza Idris

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

IKLAN