Mudah Rupanya Nak Buat Ayam Masak Merah. Ikut Step By Step Ni, Confirm Menjadi!

Share

Hujung minggu macam ni barulah berkesempatan nak masak sedap-sedap untuk keluarga, betul tak?

Mana taknya, kalau hari biasa dah sibuk dengan hal rumah dan kerja, mak tak sempat anak oi nak masak sedap-sedap! Jom alang-alang ada resipi ayam masak merah dari Mohamad Firdaus ni, terus buat nasi butter atau nasi tomato. Memang terangkat lah!

resepi AYAM MASAK MERAH yang super senang and sedap. Setiap kali raya n open house saya selalu masak ayam merah ni. Ramai yang cakap sedap n berbeza dengan yang biasa mereka makan. Setiap kali yang rasa pasti suruh saya masak lagi.. ni saya share resepi nya.

Tumis rempah 4sekawan n daun pandan. Daun pandan bagi wangi n lagi sedap. Nak tambah serai pon boleh.. saya terlupa nak letak. Dh siap masak baru teringat.

Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Tumis bawang hingga layu

Kemudian masukkan cili kering yang telah dimesin bersama bawang merah+halia+kunyit+bawang putih. Tumis hingga pecah minyak.

 

Kemudian masukkan sedikit asam jawa.

Ni rahsia ayam merah saya. Guna sos cili life. Tambah sos cili agak2 ikut kpekatan n kepedasan yang kita mahu. Sos cili ni bagi rasa manis pedas yang lain berbanding cili mesin tu.

Ni pon salah satu rahsia. Tambah gula nisse or gula melaka. Gaul sekata

Tambah bahan perasa. Gula pasir.garam.ajinomoto. gaul sekata. Jika agal pekat boleh tambah air ya.

Tambah ayam yang telah digoreng dengan kunyit. Gaul sehingga sebati biar agak2 5minit biar sambal2 tadi meresap ke dalam ayam. Ayam yang digoreng jangan digoreng garing nanti keras pulak.

 

Boleh tambah daun sup jugk kalau suka. Siap!

Sumber : Mohamad Firdaus

IKLAN