Mudah & Sedap Sangat Kalau Buat Sup Daging Ala Thai Ni!

Share

Enaknya menghirup sup daging yang dimasak ala Thai. Rasanya sedikit berbeza daripada sup daging yang biasa dimasak. Ini memandangkann untuk sediakan sup ala Thai ini biasanya akan menggunakan sos ikan yang sekali gus memberi rasa yang lebih ‘kick’.

Nak merasainya, bolehlah anda cuba sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Ahmad Shinoda ini.

Sup Daging ala Thai

Bahan-bahan A:

300 gm daging tetel-hiris nipis

3 inci halia-tumbuk kasar

3 hiris lengkuas

2 pokok akar ketumbar

1 biji bawang Holland-dihiris

Kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

1 sudu the gula

Air secukupnya

 

Bahan B

3-4 ulas bawang putih

2 batang serai

Cili padi

Daun limau purut

1 biji bawang holland

Daun ketumbar-dihiris

½ biji tomato

2 biji limau nipis-ambil jusnya

3-4 sudu sos ikan

Minyak untuk menumis

Cara penyediaan :

1.Satukan bahan A dan rebus sehingga daging empuk.

Jangan letak garam sebab nanti kau nak letak sos ikan yang agak masin hanya letak sesudu gula. Rebus sampai empuk, air jangan terlalu banyak.

2.Dalam kuali lain, tumiskan  bawang putih sampai kuning.

3.Kemudian masuk serai, bawang holland, cili padi, daun limau purut. Tumis sampai layu dan wangi.

4.Masukkan bahan tumisan ke dalam sup tadi bersama tomato.

5.Masukkan sos ikan 3-4 sudu dan jus limau nipis 2 biji.

6. Biar 2-3 minit, tutup api dan taburkan daun ketumbar. Sedia untuk dinikmati.

 

 

IKLAN