Mudahkan KKM, Buatlah Saringan. Boleh Jadi Panduan.

Share

Kira-kira dua jam tadi, KKM melaporkan ada kematian wabak ini.

Dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan dua (2) kematian pada 22 Mac 2020, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 10 kes.‬

‪Kes kematian ke-9 seorang lelaki berumur 48 tahun, dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki. Beliau dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.

Kes kematian kesepuluh seorang lelaki berumur 74 tahun dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pd 13 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meningga dunia pd jam 4.05pm. Kedua-dua kes adalah warganegara Malaysia.

Sebak dengan berita ini, selain duduk di rumah jika anda mendapati ada tanda-tanda dijangkiti wabak ini segera dapatkan saringan dihospital berdekatan.

Sebagaimana perkongsian lelaki ini, katanya janhgan bimbang, saringan tidak sakit cuma seakan dimasukkan putik kapas didalam hidung.

Ikuti perkongsian ringkas beliau. Moga bermanfaat .

Jangan risau. Nostril swab untuk ujian saringan COVID-19 simple saja. Tak sakit pun. Hehe. Macam masukkan cotton buds dalam hidung. Lepas tu tunggu tiga hari. Lepas tu dapat surat cuti kuaranti

n. Lepas tu result negative. Pergilah buat ujian saringan. Mudahkan KKM dan seluruh umat manusia.

Semoga wabak ini dapay disisihkan.

Kredit: Hariz zain

 

 

 

IKLAN