Mudahnya Buat Tauhu Telur, Guna 4 Bahan Ini Saja Dah Boleh Buat.

Share

Biasanya bila teringin makan tauhu telur kita akan membelinya di pasar. Tapi sebenarnya ramai tak tahu untuk menyediakannya sendiri adalah cukup mudah.

Jika mahu lebih sihat bahan yang segar dan organik seperti resipi yang dikongsi oleh chef Sue M Arukin

. Jadi, keluarga dapat menikmati hidangan yang dijamin mutu serta kebersihannya. Selamat mencuba!

TAUHU TELUR

Bahan-bahan:

500 ml air soya segar (tanpa gula)

6 biji telur organik

5 gram tepung jagung

1/2 sudu teh garam halus

Cara Membuat:

1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang. Ketepikan.

2. Di dalam periuk, satukan air soya  bersama tepung jagung dan garam. Kacau rata di atas api sederhana hingga suam (jangan sampai mendidih). Sejukkan sebentar.

3. Satukan telur yang sudah dipukul tadi bersama campuran soya. Tapis ke dalam mangkuk tahan panas lalu kukus selama 20 minit atau hingga tauhu mengeras. Sejukkan.

4. Potong mengikut cita rasa dan goreng hingga keperang-perangan. Hidangkan!

IKLAN