Mudahnya Nak Buat Kek Cawan Coklat Ni. Confirm Jadi.

Share

Kek memang manis tetapi ia menjadi kegemaran ramai. Begitu juga dengan kek cawan. Nak je comel tapi jika tahu cara membuatnya tentu mudah dan sedap.

Sebagaimana perkongsian oleh saudara Muhammad

mengenai cara memasak kek cawan dengan mudah termasuk untuk membuat isingnya.

Haritu, masa ada kursus CEFR 5 hari di PPD, dah pasang niat nak bawa cupcake pada hari terakhir kursus nak jamu kawan2 yang turut serta pergi kursus. Lepas fikir2, cupcake coklat lah paling senang nak dibuat sebab kek ni antara yang paling susah nak gagal dan coklat sudah semestinya diminati ramai.

Sila lawat instagram saya @lamlammakan untuk resepi lain2.

Resepi Kek Coklat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula pasir
3 biji telur
1 cawan minyak kelapa sawit
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan air panas

Step by step rujuk video.

Bakar dalam oven 180°selsius selam 20-25 minit.

Resepi Ganache ( Krim yang pusing2 atas cupcake tu)
1 1/2 cawan Krim Putar Bukan Tenusu ( Pakai Krim Putar Tenusu pun boleh. Lagi sedap, cuma mahal sikit)
1 Cawan Coklat Syiling ( Chocolate Coin)

1.Panaskan Krim dalam microwave atau dapur ( jangan sampai hangit dan bila dah panas, alihkan dari api)
2.Masukkan Coklat Syiling , dan kacau sampai sebati.
3.Bila dah sebati, sejukkan sekejap dalam peti.
4.Putar dengan pengadun elektrik sampai ganache tu jadi pucat sedikit
5.Hias memgikut kreativiti anda.

IKLAN