Ramadan bakal menjelang beberapa hari lagi. Tentu para ibu bakal sedang menyiapkan menu ramadan. Tentu para ibu nak buat menu yang istimewa buat sesisi keluarga selera berbukanya.
Terbaru, melalui perkongsian viral oleh Nazia Suhaimi begitu kreatif apabila menunjukkan cara membuat nasi impit dengan mudah. Menurutnya petua yang diperolehinya daripada ibu mertuanya. Sungguh kreatif.
Ads
Suka tengok cara mak mertua saya buat nasi impit. Biasanya kita tengok orang rebus nasi dalam plastik kan? Cara mak saya, cara orang lama.
Yang ini, mak ajar 1 cawan beras : 3 cawan air. Masak macam biasa guna periuk nasi. Nanti nasi dah masak, plastik di alas minyak sikit (supaya nasi tak lekat).
Ads
Ambil nasi guna plastik kemudian dihimpit-himpit, ditekan-tekan nasi lembik-lembik panas-panas dalam tray sampai kejadiannya cantik macam ni.
Tujuh tahun menjalin cinta, akhirnya pasangan sama cantik sama padan ini disatukan dalam satu majlis sederhana tapi meriah. Dengan sekali lafaz, Pelakon Titian Cinta, Farah Nabilah kini sah bergelar isteri kepada juruterbang Mohammed Amirul Yunus, kira-kira jam 9.04 malam semalam.
**media[100928]**
Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menerima mas kahwin RM1000, tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama dan wang hantaran bernilai RM77,777.77.
**media[100926]**
Pasangan berkenaan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Saipuddin Ahmad, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Daerah Petaling,
Terdahulu pada majlis sama, pasangan ini turut melangsungkan pertunangan.
“Alhamdulillah permulaan fasa dan tanggungjawab baru untuk saya dan suami. Moga semuanya dapat dipermudahkan.
“Saya mengambil angka tujuh untuk nilai wang hantaran itu kerana ia nombor kegemaran. Tak sangka, nombor tujuh itu juga simbolik tempoh percintaan kami,” kata Farah usai selesai majlis nikah.
**media[100929]**
Pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31berkata sepanjang tempoh bercinta, suami cekal dalam usaha memenangi hatinya.
“Hubungan saya dan Amirul sebenarnya dijalin secara jarak jauh kerana komitmen kerjaya. Saya sibuk dengan komitmen seni, manakala dia pula memenuhi tuntutan tugasnya sebagai juruterbang termasuk yang memerlukan dia selalu berada di luar negara.
“Maka, apa yang boleh mengikatkan kami untuk terus yakin dan setia pada hubungan percintaan dibina adalah kepercayaan antara satu sama lain.
“Satu perkara yang menyenangkan saya ialah sikapnya yang pandai mengambil hati,” katanya.
**media[100927]**
Pasangan itu bakal diraikan dalam dua majlis resepsi iaitu sebelah pengantin perempuan pada 21 Disember, disusuli 28 Disember untuk sebelah pengantin lelaki. Mereka juga bakal diraikan dalam satu lagi majlis pada 5 Januari depan.
Pasangan ini juga menjadi artis pertama yang kisah perkahwinan mereka dipaparkan di portal Mahligai Cinta.
Debaran menanti saat untuk melahirkan hanya bakal ibu yang tahu perasaan itu. Biar sudah berpengalaman beberapa kali melahirkan anak, namun debaran tetap ada.
Apatah lagi jika si ibu mempunyai masalah kesihatan sama ada uri di bawah atau kandungan songsang menyebabkan si ibu tak senang duduk.
Itu yang berlaku pada pelakon dan juga isteri kepada dato’ Fizz Fairuz. Menerusi Instagramnya, Datin Almy Nadia memberitahu kandungannya yang kini memasui usia 36 minggu dalam kedudukan songsang.
Justeru, doktor memberi pilihan sama ada untuk dia melahirkan secara normal mahupun pembedahan.
“Harini g check up . Kandungan 36minggu 3 hari… doc ckp baby songsang.. minggu depan 37 minggu jumpa doc lagi,if baby tak duduk di kedudukan nya kena buat keputusan antara normal delivery atau potong perut jawapnya…
“DOAKAN saya dan baby sy berada dikedudukan yg betul yer semua.. jadi nerbes bila doc ckp nak kena bedah.. sbb 2 anak sy normal delivery.. jadi klu boleh taknak la nak kena bedah2 ni.. ???… doakan sy agar selamat semuanya ya.. (pic tak ada kaitan ap2,abaikan yg depan tu),” tulis Almy lagi.
Dalam hidup ini kita semua sentiasa akan diuji, sama ada daripada aspek kewangan, kesihatan dan sebagainya. Pun begitu yakinlah setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan kita insan itu lebih kuat dan tabah.
Tidak sekali-kali menganggapnya sebagai bala atau musibah dan begitulah yang dipegang teguh oleh penyanyi dan anggota kumpulan Indigo, Bad apabila berkongsi keadaannya kini yang terpaksa menggunakan ‘walker’ untuk membantunya bergerak setelah lima jarinya dibuang dalam proses pembedahan.
“Selagi boleh, memang saya akan buat sendiri sebab tak mahu ajar diri selalu mengharapkan orang. Bayangkan kalau orang itu ada kerja lain, atau tiada, macam mana?
“Saya kena juga kuatkan semangat. Setiap hati saya panjatkan kesyukuran kerana di sebalik kepayahan, sekurang-kurangnya Dia masih pinjamkan nyawa lagi buat saya.
“Ini semua bukan bala atau musibah. Ini adalah peringatan agar kita sebagai manusia dan hamba, sentiasa kembali mengingatiNya,” ujar Bad.
Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yoep Abdullah, 46 dia tiada pilihan lain untuk belajar berdikari tanpa terlalu mengharapkan bantuan daripada isterinya Ashira.
Ini sebagaimana memetik perkongsiannya di Gempak, “Lima jari kaki kiri saya dah dibuang dalam proses pembedahan yang dilakukan secara berperingkat iaitu pada bulan Januari, Mac dan Sepetember yang lalu.
“Sejak keluar dari hospital awal tahun lalu lagi saya memang kena guna ‘walker’ untuk bantu pergerakan.
“Paling susah nak urus diri adalah dalam tandas. Tapi nak tak nak. kena buat juga.
“Saya juga uruskan diri sendiri tanpa menyusahkan isteri. Begitu juga kalau nak ke hospital untuk rawatan berkala, saya akan bergerak dan pandu kereta sendiri,” katanya.
Tambahnya lagi,” Saya tidak mahu terlalu bergantung hidup dengan orang lain walaupun isteri sendiri kerana khuatir terlalu selesa jika berterusan dalam keadaan itu,” jelas Bad berkongsi kisahnya ketika dia menghadiri konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Ahad lalu.