Mudahnya Resipi Sup Tulang Ala Thai. Sesuai Untuk Newbie!

Share

Sebut saja daging korban, pasti penggemarnya terbayang-bayang pelbagai menu masakan bermain di fikiran, daripada hidangan enak seperti daging bakar dengan perapan yang enak. Selain itu, daging korban, dimasak sup tulang pun enak.

Sebagaimana perkongsian ini mudah aje cara membuatnya. Jom cuba!

Musim korban kompom dapat daging atau tulang orang bagi kan. Asyikk sup biasa jer jum try pulak sup ala kedai siam yang sangat simple .

Kat bawah ni miza share kan sekali resepi taw, kot kot la korang nak try kan. Resepi nii seriuss memang sedap sgtt, try laa.

RESEPI SUP TULANG ALA THAI

BAHAN BAHAN NYE.

1kg tulang (rebus dlu dengan halia smpai empuk)
Serai 2 – 3batang (ketuk)
Lengkuas 1inci (ketuk)
Bawang putih 3 ulas (ketuk)
Bawang holland 1 biji (hiris)
Bawang besar 1 biji ( hiris)
Halia 1inci (ketuk)
Akar ketumbar (ketuk)
Daun limau purut ( 3 or 4 helai)

CARA CARANYA boleh refer gambar yang miza sediakan tu.

Ni bahan bahan nye. Sebelah kiri untuk di hiris dan di sebelah kanan untuk menumis nanti.😍
Rebus dulu daging atau tulang tu yek. Kalau ada pressure cooker lagi senang yakamat. Rebus sampai empuk tau. Tau mau empuk kang time makan Gigi pun boleh patah
Tumis semua bahan di atas sampai layu .Jangan sampai hangus.nanti tak sedap jadi pahit pulak
Haaa pastu korang masukkan bahan tumisan tadi dalam tulang yang dah di rebus bersama air rebusan tadi . tunggu Jap bagi mendidih seketika
Lepastu masukkan air lemon, ikut la tekak memasing. Nak masam lebihkan air limau tu.kalau taknak masam sangat kurang kan sikit
Ni bahan bahan di hiris. Ada batang saderi,tomato,cili hijau , cili merah dan jugak hirisan bawang holland
Haaa campakkan semua tu saderi, tomato , daun ketumbar or daun sup, cili padi tu ke dalam sup tadi
Kacau kacau kan dia bagi sebati
Taraaa siap dah. Pastu korang tabur la daun ketumbar or daun sup, bawang goreng ker & perasa, Siap!

Selamat mencuba korang

Kredit: Hamizah Hassanudin

IKLAN