“Muka Berminyak, Sarung Shirt Besar, Rambut Toncet Malas. Buat Apa Nak Malu Ini Rupa Seorang Isteri.” Nad Zainal Akui Tak Mudah Galas Tugas Seorang Isteri.

Share

Menggalas tugas dan tanggung jawab  sebagai seorang isteri dan ibu bukanlah sesuatu yang mudah.

Mungkin ada yang nampak mudah tetapi yang melaluinya tahu situasi sebenar. Nak nak lagi kalau memiliki anak yang ramai.

Situasi tersebut turut dikongsikan oleh pelakon Nad Zainal menerusi laman instagramnya.

“No filter needed. Muka berminyak, Sarung shirt besar, rambut toncet malas, buat apa nak malu ini adalah rupa seorang isteri.

“Are you ready yang single-single tu? Berkahwin dan ber anak. Kita akan banyak tanggungjawab… Tidak seindah drama petang, mana yang tak ada maid tu lagilah.

“Now I know… Kenapa mak-mak kadang-kadang macam singa… Nak bercantik-cantik, pergi manicure pedicure pun jarang dah.

“Sebab bila ada masa terluang baring dan nap sekejap itu lagi bermakna daripada ke spa dan salun. Nak masuk puasa ni mula google lauk nak masak sahur pulak… Itulah MAK,” tulis Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan kata-kata yang ditulis oleh Nad itu.

 

 

IKLAN