“Muka Berseri Lain Dari Yang Lain” Zahirah Macwilson Sambut ‘Baby Shower’ Di Australia, Ramai Teka Baby Lelaki!

Share

Pasangan suami isteri dan juga  pelakon terkenal,  Zahirah MacWilson  dan suaminya Aiman Hakim Ridza  kini membilang hari untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Terbaru, dalam instagramnya, Zahirah berkongsi gambar ketika mengadakan majlis baby shower bersempena kandungannya yang kini mencecah lapan bulan.

Menerusi perkongsian tersebut, Zahirah memuat naik beberapa kepingfoto sambutan penuh meriah yang diadakan di Perth Australia itu di samping suami tercinta aktor Aiman Hakim Ridza serta ahli keluarga.

“Oh baby, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis baby shower ini, pasti akan diingati,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pada majlis bertemakan warna putih dan oren lembut itu, Zahirah turut memaklumkan semua hidangan pastri termasuklah kek utama disediakan oleh ibunya, Maslinda Yusof yang merupakan seorang bekas chef.

Pasangan merpati sejoli ini bagaimana pun belum mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkan.

Dalam pada itu, Zahirah turut memuat naik pertanyaan sama ada bayi yang dikandungnya lelaki atau perempuan.

Rata-rata peminat dan juga rakan artis turut memberi komen. Ada yang meneka lelaki ada juga beranggapan pasangan ini bakal menimang anak perempuan.

shah.hans26 Hmm..mcm Girl
lilmunchkn Rasa mcm girl❤️
linaaa_newaccounts Boy² sbb zahirah nampak berseri seri..
qiqimuda Boy..sebab muka berseri lain dr yg lain..klu girl muka ibu tk berseri sebab dia sedut kecantikan ibu😘
IKLAN