“Muka Dah Kejung, Jumpa Sebelah Je Selipar Di Lantai.” Bapa Ni Kongsi Anak Hilang Tiba-Tiba. Rupa-Rupanya…

Share

Pengalaman yang mencemaskan buat bapa bernama Mohammad Faris Zakaria yang berkongsi kisah cemas tapi melucukan ketika kehilangan anaknya, Kisah tersebut dimaut naik menerusi grup Anak Sepahkan Apa Hari Ini?

Dia yang ketika itu bersama anak sulung berusia lima tahun pergi berjalan di bahagian barangan elektronik sementara menantikan isterinya membeli barang.

Tanpa sedar anaknya sudah tiada di sisi. Puas dicari sehinggalah dia melihat si anak sedang ralit menonton di hadapan televisyen bertemankan sebuah patung beruang di sebelah.

Walaupun awalnya cuak tiba-tiba si anak ‘hilang’ tetapi apabila melihat situasi si anak yang sedang lepak menonton tv sambil ditemani teddy bear membuatkan ayah ni menarik nafas lega.
cari anak  tak jumpa, muka ni dah kejung dh.. jumpa selipar sebelah je kat lantai.. sape pulak la rembat budak ni.. panggil2 tak menyahut.. 360 darjah kita toleh berpusing ligat mencari.. ehh, hurmm siniiii.. nasib baik perasan.. ingatkan dah lesap ke mana.

Sedap dia je lepak tengok tv dengan teddy bear display akt electronic section.. pastu slumber je tanya kita, papaaa ada jajan x.? mentang2 port tu deko cantik, geram nak sepah la tuuu.. ni kalau p ikea mungkin tido terus kot.. selubung slimut.. lagi lah kecoh gerakan mencari mangsa hilang report kat Lost n Found..

IKLAN