“Mula Suami Suruh Jual Kereta Sedih Juga. Rupanya Dia Nak Belikan Baru.” Baru Berbaik, Aliff Syukri Hadiahkan Porsche Buat Isteri

Share

Sebelum ini heboh pasangan ini bergaduh sehinggakan pelbagai spekulasi dibuat netizen. Hampir tiga bulan berlarutan akhirnya pasangan ini berdamai.

Terbaru, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan kepada isteri tersayangnya Datin Seri Nur Shahida dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Porsche.

Berita gembira itu dikongsi menerusi satu posting di Instagramnya semalam. Menurut Nur Shahida, dia tidak menjangkakan kejutan berkenaan biarpun suaminya sebelum ini memintanya untuk menjual kereta lama mereka.

“Mula-mula suami suruh jual kereta sedih juga.

“Tapi rupanya dia nak belikan yang baru. Terima kasih hubby, berbunga-bunga hati dapat kereta baru,” katanya.

 

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memuji pilihan kereta berkenaan yang disifatkan sangat sepadan dengan empunya diri. Selain itu, tidak kurang juga yang menganggap ia sebagai hadiah pengorbanan seorang isteri.

Sumber: IG shahidadherbs

 

IKLAN