Muruku Ekspress 3 Bahan Je! Kudapan Mudah, Cepat Tapi Sedap

Share

Orang Malaysia ni tak boleh lari dari mencari makanan untuk kudapan. Walaupun dah makan berat, tapi mulut ni gatal je nak mengunyah makanan bergerak tanpa henti.

Yang mana rajin nak buat kupadan sendiri tu, ada satu idea menarik iaitu muruku. Bukan muruku biasa tetapi muruku ini menggunakan mee kuning seperti yang dikongsi oleh Ariff Budiman

di laman Facebooknya.

MURUKU EKSPRES GUNA MEE KUNING, CEPAT & SEDAP!

Dari membiarkan mee kuning rosak, saya buat muruku. Cara-cara mudah sahaja.

Bahan-bahannya:

Mee kuning – beli di sini


Tepung bestari – beli di sini
Daun kari

Cara-caranya:

1. Basuh mee kuning dan toskan hingga kering.

2. Gaul dengan tepung bestari dan panaskan minyak.

3. Goreng mee dan taburkan daun kari.

4. Bila buih yang di goreng kurang baru Angkat dan Biar hingga sejuk. Sedap walaupun tak sama macam guna tepung muruku.

Sedap! Boleh hidang untuk tetamu kalau tak ada idea nak buat apa.

Sumber: Facebook Ariff Budiman Zainal Abidin

IKLAN