Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
BEGINI CARANYA!
Ads
1. Rajin small talk
Takkan panggil anak time nak marah je. Kalau tak marah tak boleh sembang ke? Sepatutnya small talk kena lebih banyak dari marah..
2. Tanya pendapat
Kakak rasa merah atau pink cantik? Sekali sekala tanya pendapat anak. Tak kisah apa pun perkara, asalkan ada supaya anak tu rasa suara dia didengari..
3. Utamakan anak
Tengah basuh pinggan, anak panggil toleh kejap. Jangan kata “Nak apa, tak nampak ibu sibuk!” Sesungguh tiada sibuk yang lebih bermanfaat melainkan sibuk melayan anak anak.
4. Penuh kasih sayang
Ads
Tiada yang lebih menambat hati anak anak melainkan kita layan dia dengan penuh kasih sayang. Tak kasar, tak keras & tak kesat..
5. Marah untuk mendidik
Ya, bonding akan makin kuat apabila ada marah dengan tujuan mendidik dia. Kita buat dia jadi pandai, ofkos dia makin percaya & yakin pada kredibiliti keibubapaan kita..
Kepayahan mengusung perut 9 bulan hanya yang bergelar ibu sahaja memahami situasi tersebut. Belum masuk bab menunggu masa untuk melahirkan, ibarat nyawa di hujung tanduk.Antara hidup dan mati, tetapi itulah pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan juga ibu.
Kerana itu, suami harus menghargai segala pengorbanan isteri. Tak salah tunjukkan penghargaan dengan memeluk isteri,ucap terima kasih kerana sanggup bertarung nyawa melahirkan zuriat dan juga berterima kasih sebab sabar menahan sakit.
Demikian yang ingin dikongsikan oleh seorang peguam Sivil & Jenayah yang juga penulis buku dan Usahawan, saudara Mufarwa Farid menerusi laman facebooknya.
Gugur air mata lelakinya tatkala melihat kesusahan dan pengorbanan isteri yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat mereka.
Semoga menjadi teladan buat para suami di luar sana dalam menghargai isteri dan anak-anak.
12 Januari haritu, merupakan detik paling bersejarah bagi aku; zuriat pertama aku dilahirkan ke alam muka bumi ini. Orang yang paling aku utama untok apresiasi ini, sudah tentulah ibunya, merangkap isteri aku iaitu Ainnur Afiffah. Sepanjang mengandung, terlalu banyak kali Ainnur kata dia takut sakit. Katanya, sejak kecil lagi dia dah takut nak beranak. Dan tempoh 9 bulan itu ibarat bom jangka yang menunggu saja kesakitan itu datang. 11 Januari, waktu kami check-up, Dr Norintan terkejut melihat air ketuban sudah makin sedikit.
“Kena induce macam ni. Tak boleh tunggu sampai 15 haribulan. Kalau boleh, beranak hari ni juga.” Jujurnya, aku tak tahu induce tu mende. Aku fikir, induce tu nama lain bagi caesar. Jadi, aku dok fikir, alahai kesiannya Ainnur, kena bedah perut. Kami pulang ke rumah, makan siap-siap, kemas yang apa yang patut, solat Zuhur, dan pergi semula ke hospital. Terus ke Labour Room. Apabila proses Induce itu berlaku, baru aku tahu Induce tu apa. Diorang masukkan pil ubat dalam rahim, dan membantu bayi untok keluar daripada rahim itu. Daripada jam 3 petang, sampailah 12 malam, tak keluar-keluar. Sepanjang waktu tu, Ainnur mengadu sakit yang amat, cuma boleh ditahan. Malam tu, Doktor suruh kami berjalan-jalan sekitar kawasan hospital. Keluarga Ainnur daripada Batu Gajah dah lama tiba. Mak dan Abah serta adik-adik aku semua dah stanby sejak petang lagi. Pakcik dan makcik Ainnur pun datang dari Kajang. Aku pula, kalau boleh, nak dia beranak haritu juga. Tarikh sedap, 11.1.2020. Namun begitu, jam 11 malam pun takda tanda-tanda anak nak keluar. Hampir sejam berjalan, kesakitan Ainnur makin berkurang. Maka, kata aku, tak apalah, tunggu saja esok. Esoknya, Doktor check, air ketuban dah nak kritikal. Doktor ambil keputusan, pecahkan air ketuban, lepas tu Induce kali kedua. Kali ni, Induce masukkan ubat air dalam tangan, dan effect nya lebih kuat berbanding pil. Jam 11 pagi, Doktor dah masukkan cecair tu dalam tangan Ainnur. Ketuban pun dah dipecahkan. Beberapa minit kemudian, Ainnur rasa sakit yang amat sangat kat perutnya. Berguling-guling, berpeluh-peluh dan tak mampu nak berbual lagi. Kau bayangkan, sakit berguling dia tu, yang dinamakan sebagai contraction, berlaku selama 4 jam. Ini pun, ramai yang kata, agak kejap. Ada orang tu sampai 7 jam. Waktu ni, memang habis semua ayat yang aku hapal, dibacakan kat telinga Ainnur. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan tu, entah berapa ribu kali aku bacakan. Aku siap baca ayat-ayat baru sambil menjenguk ayat tersebut dari Internet.
Ainnur ditawarkan pelbagai ubat dan gas untok tahan sakit, tapi awalnya Ainnur menolak. Dah masuk jam 12.30, Ainnur minta untok dapatkan gas. Setiap kali sakit, tarik nafas kat satu tiub yang menghubungkan dengan satu tong gas. Jam 2 petang, bukaan pintu dah 9cm. Normalnya, 10cm tu tanda untok melahirkan anak. Nurse dah siap-siap barang. Diletakkan lampu, pekakas, ruang katil baby, tempat letak kaki Ainnur dan minta aku sign beberapa borang. This is real shit, man. Kata aku dalam hati. 5 minit kemudian, Doktor datang balik, dia check guna jari dia. “Dah 10cm. Ok Ainnur, push. Letakkan dagu atas dada tiap kali nak push. Doktor dah duduk depan antara celah kaki Ainnur. Hanya Tuhan yang tahu bertapa seksanya Ainnur push push dan push. Aku tak sanggup tengok, tapi aku kena ada situ. Aku tak boleh tulis bertapa gilanya situasi dalam labour room tu. Memang tak boleh. Ia ibarat sesebuah peperangan yang bermatian-matian dilakukan oleh dua-dua pihak. Ainnur push dengan amat-amat-amat gila. Dia menangis, tapi tetap kuat untok tolak kandungan gunakan sepenuh kudrat yang ada. Sementelah, semua Nurse menjerit kata-kata semangat dan menolak perut Ainnur ke arah celah kakinya. Aku pula, sambil ajar Ainnur dah tolakkan kepala dia ke dada, mengintai tengok kat celah kaki Ainnur. Aku rasa nak menangis bila tengok ada seketul kepala berambut keluar daripada rahim dia. Aku jerit pada Ainnur ‘Sikit lagi! Sikit lagi!’ supaya dia percepatkan tolakan dia untok tubuh seterusnya. Hampir 5minit Ainnur push setelah aku nampak kepala tersebut, dan Doktor pun terus jerit, ‘Alhamdulillah.’
Dia meletakkan sekujur tubuh kecil ke atas dada Ainnur. Senyap saja dan menutup mata. Debar gila aku waktu ni. Tapi debaran aku hilang apabila melihat dia membuka mata, tengok sekeliling, dan terus menangis. Syukur. Terus keluar air mata jantan aku weh. Doktor hulur gunting suruh potong tali pusat dia pun menggigil aku dibuatnya. Anak aku sudahpun selamat dilahirkan.
Kami disuruh keluar untok Doktor menjahit rahim Ainnur. Di luar, anak aku dibersihkan seringkas mungkin. Nurse tu terus serahkan pada aku, ‘Encik boleh azan kat dia sekarang.’ Kagum lah aku kejap, sebab nurse tu Cina. Aku azan dan lepas tu iqamat, hampir tak keluar suara. Menang tacink habis moment tu. Manusia kat tangan aku waktu tu, seolah ada magic, yang buatkan waktu tu, terus buatkan hidup aku ada hala tuju. Habis azan, nurse bawa anak aku keluar pintu bilik labour. Mak, Abah dan Ibu mertua, adik-adik ipar dan adik-adik aku semuanya dah menanti. Itu yang aku share gambar ‘terujeee’ haritu. Memang moment 5 minit lepas beranak.
Maka itulah, dia. Aku dah jadi seorang ayah. Benda paling aku tak boleh lupa, bagaimana kesusahan dan keperitan isteri aku nak melahirkan anak ini. Memang amat perit. Lelaki kata lelaki power macam mana pun, belum tentu lagi dapat hadapi proses nak beranak ni. Terima kasih berbanyak, Ainnur. Lahirkan puteri yang akan menjadi kesayangan buat selama-lamanya ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesibukan dengan pelancaran buku terbarunya membuatkan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor hampir-hampir terlepas temu janji bersama doktor untuk perkembangan bayi dalam kandungan isterinya.
Suami kesayangan Datin Dr Halina yang baru mengeluarkan buku bertajuk ‘My Way Of Parenting’ membuat pengakuan tersebut menerusi satu video yang dimuat naik ke Instagramnya.
Dalam perkongsian tersebut, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi imbasan jantina cahaya mata kembar yang bakal lahir tidak lama lagi.
“Saya begitu sibuk dengan pesanan buku-buku sehingga hampir terlepas temu janji imbasan jantina semalam.
“Tapi yang penting, saya berjaya sampai. Kandungan Dr Halina dah masuk 17 minggu lebih. Alhamdulillah, progres kembar di dalam kandungan adalah baik,” tulis Dr Sheikh Muszaphar.
Menurutnya lagi, menerusi pemeriksaan tersebut , pasangan ini bakal menimang cahaya mata perempuan. Manakala seorang lagi belum menampakkan jantina kerana kedudukannya.
“Salah seorang daripada kembar sedang tidur dan seorang lagi bangun dan cuba ‘menendang’ untuk membangunkan seorang lagi.
“Seorang perempuan, seperti kemahuan Dr Halina, seorang lagi tidak dapat dipastikan jantina kerana kedudukannya,” terang Dr Sheikh Muzaphar.
Walau bagaimana pun, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu tidak kisah jantina bayi dan hanya berharap agar kedua-duanya berada di dalam keadaan sihat.
Dah menjadi kebiasaan bila kemalangan kecil berlaku antara kereta dan motorsikal, penunggang motorsikal tersebut pasti akan melarikan diri.
Namun berbeza dengan satu video tular ini di mana seorang adik yang berumur 19 tahun dan merupakan seorang penghantar makanan mengaku kesalahan dan berhenti selepas melanggar sebuah kereta mewah.
Sikapnya itu telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon, Fasha Sandha yang memuat naik di laman Instagramnya menjejaki pemuda tersebut.
“Kepada adik ini, sila hubungi kakak. Saya ada hadiah nak bagi memandangkan awak baru 19 tahun dan rajin bekerja untuk keluarga.
Ada sesetengah ‘rider’ lari selepas langgar cermin sisi kereta kerana risau kena bayar. Kadang-kadang kita bukan nak suruh bayar pun, minta maaf pun sudah memadai”.
Tambahnya, sifat pemuda itu tidak melarikan diri dan bertanggungjawab atas kesilapannya wajar diberikan pujian dan contoh kepada orang lain.
Sebagai tanda penghargaan atas sikap bertanggungjawab pemuda itu, Fasha menjadikan medium media sosial untuk menjejaki penunggang motosikal dan memberikannya hadiah.
Dalam pada itu, Fasha turut memuji sikap pemilik kenderaan Toyota Vellfire yang tidak meminta sebarang ganti rugi selepas pemuda berkenaan melanggar bahagian kiri kereta berkenaan.
Fasha yang terharu dengan sikap kedua-duanya turut menitipkan pesanan buat adik lelakinya sendiri agar mengamalkan perkara sama jika berdepan situasi serupa.
“Adik ini harus dijadikan contoh yang baik buat semua penunggang motosikal termasuk adik saya sendiri. Sekiranya ada terlanggar atau melakukan kesalahan, berhentilah untuk memohon maaf.
“Pujian buat abang kereta besar ini juga atas kemuliaan hatinya, bagi adik ini pergi tanpa bayaran,” tambahnya.
Sumber : Instagram Fasha Sandha
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tragedi Bukit Changkat Asa meruntun hati ramai apabila remaja berusia 19 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tersesat ketika mendaki bersama keluarganya di Tanjung Malim.