Nak Buat Kerabu Pucuk Paku Gaul Isi Ikan Ini Resipinya. Lauk Pembuka Selera Memang Sedap Dan Mudah Nak Buat.

Share

Tentu ada yang sudah mula berpuasa enam di bulan Syawal ni. Rasanya jika nak cari menu berbuka untuk pembuka selera tentu ada pelbagai yang menarik. Salah satunya menu kerabu pucuk paku gaul isi ikan ni memang sedap. Pasti buat kita tambah selera. Nah cuba resipi mudah ni untuk berbuka puasa nanti.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

RESEPI KERABU PUCUK PAKU GAUL ISI IKAN.

Bahan-bahan:

*Seikat pucuk paku
*Segenggam taugeh
*3 ekor ikan selayang/ kembung – direbus dan diambil isinya.
*Segenggam kelapa parut putih
*1 tangkai lada besar
*1 biji bawang merah
*1 cawan santan – diperah dengan air suam
*Garam dan gula secukupnya.

Cara Penyediaan:


Mula mula cuci bersih sayur pucuk paku dan taugeh. Kemudian celur air panas hingga layu dan lembut.

Tapiskan.

Satukan kelapa parut, isi ikan, lada dan bawang yang telah dihiris halus.

Gaul – gaul ye. Tangan sarung plastik untuk elakkan kerabu kita mudah basi.

Kemudian letak sayur kita tadi.

Akhirnya curahkan santan, letak garam dan gula secukup rasa. Gaul rata semua perlahan lahan santan meresap dalam kerabu kita.

Ok siap dihidang dan boleh lah terus dinikmati.

Selamat Mencuba!

Sumber: Mizah Ngatiman

IKLAN