Nak Buat Susu Pekat Sendiri Di Rumah Tanpa Pengawet, Ini Caranya. Memang Rasa Sama!

Share

Menarik perkongsian ini bila diberi cara-cara untuk membuat susu pekat manis. Biasanya kita beli di kedai, apa kata kali ni kita buat sendiri susu segar ni. Tentu tak ada pengawet.

SUSU PEKAT HOMEMADE TANPA PENGAWET

Benda kalau boleh buat sendiri, boleh la kita buat sendiri. Cumanya dia tak tahan lama la sebab tanpa pengawet.

Kandungan gula pun boleh adjust-adjust. Boleh la habuan minum teh tarik petang-petang, cicah roti canai, biskut kering atau cicah roti benggali.

BAHAN-BAHAN
100gram susu tepung
125gram gula halus
60ml air suam
1 sudu makan marjerin ( penuh membukit)

CARA-CARA
1. Masukkan air terlebih dahulu dan baru masuk semua bahan yang lain ke dalam blender bersih.

2. Kisar sebati semua bahan dengan hingga berbuih.

3. Masukkan dalam periuk yang bersih dan didihkan ramuan hingga pekat. ( Api sederhana dan sentiasa kacau)

4. Bila ramuan mula pekat dan berkilat sila perlahankan api. Warnanya akan bertukar sedikit kekuningan. Dan padamkan api.

5. Bila susu homemade sejuk, boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara atau botol kaca yang bersih. Masukkan dalam peti sejuk.

P/s : Pastikan blender tu dah dibasuh betul-betul tau. Kalau bekas kisar cili, kang perisa spicy plak susu tu.

Pastikan cuci betul-betul atau rendam dengan air suam dulu blender tu. Lagi mudah kalau kita asingkan satu balang khas supaya tak bercampur dengan balang blender masakan.

Periuk pun kalau boleh guna yang jarang guna laaa. Kalau yang baru lagi bagus. Jangan la bekas kari plak.

Kalau nak guna juga, jerang air panas dulu guna periuk tu then buang airnya. Basuh bersih-bersih then boleh guna.

Kredit: Nana Ismail

IKLAN