“Nak Cari Isteri Korea Lak Lepas Ni….”-Komen Engku Emran, Tarik Perhatian!

Share

Engku Emran selepas gagal dalam tiga perkahwinannya di mana terdahulu pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti Erra Fazira dan bercerai tidak lama kemudian. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya.

Engku Emran kemudiannya telah menikahi selebriti Indonesia, Laudya Cythia Bella pada September 2017 dan bercerai pada Julai 2020. Selepas itu berjodoh pula dengan kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila pada Mac 2021 dan bercerai pada September lalu. Dan siapa sangka kini berhasrat untuk mencari calon isteri dari Korea pula!

Hasrat ini disampaikan secara berseloroh ketika membalas komen daripada penyanyi Alif Satar yang memujinya nampak bergaya seperti oppa (lelaki Korea).

Komen tersebut dibalas menerusi perkongsiannya di Instagram yang agak panjang mengenai pengalamannya dalam kerjaya penerbitan sejak lebih 20 tahun lamanya.

“Nak cari isteri Korea lak lepas ni bro. Since i dont understand women might as not understand what they say completely…,” tulis Engku.

Bagaimana pun Alif turut menganggap apa yang ditulis oleh Enku itu adalah sekadar gurauan antara mereka sahaja. Pun begitu komen tersebut turut telah  menarik perhatian netizen.

 

IKLAN