Semua manusia di dunia ini inginkan kebahagian dalam hidup. Kita bekerja keras mengumpul wang, belajar tinggi hingga ke menara gading dan pelbagai lagi usaha dilakukan hanyalah untuk mencari kebahagiaan.

Dan seringkali kita tersalah tafsir akan makna bahagia itu diterjemah dengan memiliki material. Rumah besar bak istana, duit banyak, barang kemas intan berlian, kereta mewah dan pelbagai lagi.

Rupa-rupanya formula nak hidup bahagia yang dikongsi oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah tidak langsung memerlukan semua itu. Buat anda di luar sana lakukan 30 perkara ini untuk rasai hidup bahagia.

IKLAN
Nak Hidup Bahagia? Ikut 30 Cara Dari Pakar Motivasi Ini!
Photo by Edo Rezkia on Unsplash

30 cara untuk hidup sentiasa gembira:

  1. Sentiasa cukup tidur.
  2. Makan makanan seimbang.
  3. Solat awal waktu.
  4. Tanam niat yang baik-baik sebelum buat sesuatu.
  5. Bersenam selalu.
  6. Pakai-pakaian bersih dan kemas untuk kepuasan diri bukan untuk impress orang lain.
  7. Tonton cerita kelakar yang memberi inspirasi.
  8. Bergaul dengan orang yang kamu sayangi.
  9. Sentiasa dalam mood bercinta. Bukan sahaja pada orang lain tetapi pada diri sendiri.
  10. Fikirkan sesuatu yang mengembirakan sahaja.
  11. Sentiasa bersyukur dengan semua yang kamu ada.
  12. Merasa cukup dan hargai dengan apa yang kamu ada.
  13. Jangan terpengaruh dengan hasad dengki orang.
  14. Tidak mengeluh dan komplen sana sini.
  15. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.
  16. Jangan pernah berharap kamu ini adalah orang lain yang nampak sempurna di media sosial.
  17. Layan dengan baik apa yang kamu miliki.

    Nak Hidup Bahagia? Ikut 30 Cara Dari Pakar Motivasi Ini!
    Photo by Ron Sinda on Unsplash

  18. Hargai peluang yang datang dalam hidup.
  19. Hargai juga peluang kedua.
  20. Hidup sesederhana dan mencukupi.
  21. Terima siapa diri kamu.
  22. Jadi versi orang yang paling terbaik.
  23. Sentiasa yakin dengan keupayaan kamu.
  24. Jangan menghukum dan menghina diri sendiri.
  25. Buat sesuatu yang kamu cintai.
  26. Jangan hidup semata-mata untuk perhatian orang.

    Nak Hidup Bahagia? Ikut 30 Cara Dari Pakar Motivasi Ini!
    Photo by Satria Hutama on Unsplash

  27. Lepaskan apa juga yang menarik diri kamu ke lembah sengsara.
  28. Yakin bahawa kamu berhak dapat yang terbaik.
  29. Jangan biar orang mengawal hidup kamu.
  30. Jadi pahlawan yang sentiasa berjuang setiap hari.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, sentiasa gembira dan ceria sepanjang masa.

IKLAN

Sebagai wanita, anda berhak untuk hidup bahagia dan menikmati kehidupan yang ceria dan gembira di sisi keluarga. Wanita yang bahagia akan juga membawa kebahagian buat keluarganya. Oleh itu pentingnya wanita menjaga emosi dan spiritualnya agar sentiasa stabil, seimbang dan gembira

Sumber : Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah 

IKLAN

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Nak Hidup Bahagia? Ikut 30 Cara Dari Pakar Motivasi Ini!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI