Nak Karipap Rangup Seharian & Cantik Kulitnya, Ada Teknik Menggoreng Perlu Tahu. Wanita Ni Kongsi Rahsianya!

Share

Membuat karipap bukan sahaja perlu tahu resipinya untuk dapatkan rasa yang enak malah perlu tahu seni klim karipap dan teknik-teknik tertentu dalam menghasilkan karipap yang  terlihat cantik dan memiliki kulit pastri yang rangup. Ini sekali gus akan menjadikan karipap yang terhidang begitu sempurna untuk dinikmati.

Meninjau perkongsian di group Masak Apa Hari Ini, puan Rohana Muhammad berkongsi resipi dan rahsia untuk mendapatkan karipap yang bukan sahaja enak, cantik kulitnya malah kekal rangup seharian bila betul cara dan teknik menggorengnya.  Perkongsiannya itu mendapat perhatian warganet yang ramai teruja untuk mencubanya.

Jadi apakah sebenarnya rahsia atau cara menggoreng karipap yang dimaksudkan oleh Rohana Muhammad ini. Nak tahu lanjut, baca perkongsian penuh daripadanya di bawah ini.

Inti


4 biji ubi kentang yang sederhana besar
Sebiji keledek yang juga sederhana besar..saya campur keledek dan kentang untuk dapat rasa yang manis dan srtuktur inti yang cantik, potong dadu.
Sedikit isi ayam dan cincang kalau suka isi daging atau udang kering pun boleh.Terpulang.
Sebiji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang atau diketok
2 sudu serbuk kari Babas
Sesudu besar cili boh
Beberapa helai daun kari
Garam dan gula

Cara memasaknya :

Tumis bawang besar dan bwng putih serta cili boh hingga wangi…daun kari sekali…masukkan rempah kari…setelah garing, masukkan isi ayam…bila sudah sebati..boleh masuk kan kentang dan keledek…masulkan air sama paras dengan kentang…perasakan…bila hampir kering…

kacau dan lenyek-lenyekkan sedikit…masak hingga kering…masukkan daun sop dan daun bwng ( jika suka)

Untuk kulit
4 cawan tepung gandum( dapat 45 biji..saiz sederhana yang orang jual 5 biji RM 2)
3 sudu besar marjerin…sedikit minyak
Masak marjerin dan minyak hingga berbuih, angkat dan tuang kan ke dalam tepung. Kacau dengan sudu sebab panas dan bila sejuk bolehlah gaul dengan tangan. Gaul hingga jadi seperti serbuk roti.
Tuangkan air yang telah dimasukkan sedikit garam
Uli hingga menjadi doh. Biarkan seketika, selepas itu bulatkan saiz kecil (agak agak).

Canai, bubuh inti dan kelim.


Teknik Goreng Untuk Dapatkan Kulit Rangup Seharian


Masuk kan minyak ke dalam kuali, buka api dan terus masukkan karipap. Mula goreng dengan minyk yang masih sejuk baru dapat kulit yang flowless gitu dan kena ‘main api’. Bila sudah siap gorengan pertama, tutup dulu api sebelum masukkan yang kedua. Kalau masukkan dalam minyak yang panas kulit akan jadi berkerutu.


Selamat mencuba.

Sumber : Rohana Muhammad

 

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN