Masalah terbesar bagi wanita adalah saiz paha yang agak besar selain masalah perut buncit dan masalah pada pada bahagian punggung. Jika dibandingkan tiga kawasan ini, paha antara kawasan yang amat merisaukan bagi semua wanita.
Hal ini mungkin disebabkan ia jarang dapat disembunyikan walaupun memakai pakaian yang labuh, menutupi paras paha. Sebenarnya ada banyak cara untuk mengecilkan saiz paha anda. Tak perlukan alatan yang mahal dan canggih, beberapa
perkara mudah disekeliling kita patut kita asah sebagai usaha mengecilkan aset yang satu ini. Bagaimana?
Buat lima perkara ini.
Ads
1. Angkat Kaki
Ketika anda santai dan berbaring sambil menonton tv, cuba angkat kedua kaki setinggi mungkin. Kalau boleh angkat kaki hingga tegak 90 darjah dan tahan dalam beberapa minit. Bukan hanya otot paha teruji, perut pun ada kesannya. Sila cuba!
2. Naik Tangga
Kalau ke pejabat atau ke kolej, sebaiknya anda pilih tangga sebagai laluan utama. Biar hanya setingkat tetapi berikan kesan pada kaki dan paha anda. Buat setiap hati.
Ads
3. Squat
Lakukan senaman atau gerakan yang boleh kecilkan peha. Kena ambil tahu senaman apa yang boleh mengecilkan peha anda. Anda kena berlari, skipping atau boleh juga berbasikal untuk kuatkan kaki dan kecilkan paha. Kalau yakin dengan diri, boleh cuba buat squat. Jangan malas.
Ads
4. Berenang
Berenang bukan hanya buat seluruh badan jadi lebih cantik tapi bahagian kaki terutamanya jadi lebih runcing. Semua gerakan renang menggunakan kekuatan kaki dan nak kecilkan paha, kena lakukan teknik renang yang betul. Jangan main
goyang saja.
5. Senaman Kaki Ketika Duduk
Duduk pun ada senaman yang tepat. Kalau dipejabat, ketika buat kerja, sesekali luruskan kaki ke hadapan dan angkat kaki tegak selari dengan kedudukan anda. Anda boleh rasa tegang pada lutut dan paha. Buat selalu.
Selamat bersenam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Timun antara sayur yang menjadi pilihan untuk dijadikan ulam-ulaman. Namun tahukah anda, sayuran ini juga sering digunakan dalam bidang perubatan.
Sejak zaman purba, timun telah digunakan sebagai ubat herba tradisional di India. Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti, yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mempunyai masalah cacing.
Bagi mereka yang menghadapi sakit tekak apabila diserang batuk, penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Petua ini dapat mengembalikan suara yang hilang.
Khasiat Timun Untuk Kesihatan
Sayuran ini baik untuk kesihatan kerana ianya mempunyai banyak nutrisi yang diperlukan dalam badan seseorang.
Untuk pengetahuan anda, timun dapat membantu penghidratan, melawan kencing manis, meningkatkan kesihatan buah pinggang dan melegakan sakit otot.
Bukan itu sahaja, paling menarik adalah ianya juga dapat melembutkan rambut serta kuku anda dan mampu untuk memperbaiki penghadaman dan tekanan darah.
Bagus betul. Lepas ini bolehlah makan timun banyak sikit.
Penghidratan Pada Tubuh
Air sangat penting untuk fungsi badan anda dan memainkan banyak peranan penting. Ia terlibat dalam proses seperti peraturan suhu dan pengangkutan produk sisa dan nutrien. Ia boleh diibaratkan seperti minyak pelincir yang menggerakkan mesin. Ini kerana, setiap organ yang bekerja dalam tubuh badan kita memerlukan air untuk melancarkan proses organ-organ ini berfungsi.
Walaupun anda banyak minum air, namun sesetengah orang mungkin mendapat sebanyak 40% air daripada bahan makanan mereka. Buah-buahan dan sayur-sayuran, khususnya, boleh menjadi sumber air yang baik dalam diet anda.
Oleh kerana timun terdiri daripada kira-kira 96% air, ia sangat berkesan dalam mempromosikan penghidratan dan boleh membantu anda memenuhi keperluan cecair harian anda.
Membantu Menurunkan Berat Badan
Timun berpotensi membantu anda menurunkan berat badan dalam beberapa cara.
Pertama sekali kerana ia rendah kalori. Setiap hidangan satu cawan (104 gram) mengandungi hanya 16 kalori, sementara keseluruhan timun 11oz (300 gram) mengandungi hanya 45 kalori.
Timun boleh dicampur dalam hidangan salad, sandwich dan makanan sampingan lain sebagai pengganti alternatif kalori yang lebih tinggi. Ini bermakna anda boleh makan banyak timun tanpa perlu bimbang pada kalori tambahan yang membawa kepada penambahan berat badan.
Detoksifikasi
Timun membantu hati untuk menghilangkan kotoran, sisa, dan juga membantu menghilangkan toksin terkumpul dari aliran darah dan usus. Ia juga membantu badan untuk mengeluarkan lebih banyak air kencing untuk mengeluarkan toksin.
Anda boleh amalkan minuman jus timun untuk mempercepatkan proses detoksifikasi.
Kesihatan Mata
Ia melembapkan kulit di sekitar mata anda kerana ia mengandungi 95% air. Vitamin E memainkan peranan penting dalam menyihatkan kulit anda, meningkatkan pengeluaran kolagen dan anti-penuaan.
Amalkan makan timun secara teratur juga membantu meningkatkan penglihatan anda kerana ia mengandungi beberapa anti-radang dan antioksidan yang boleh membantu mengelakkan mata anda daripada katarak.
Hyperpigmentation yang membentuk lingkaran hitam di sekitar kulit mata disebabkan oleh kurang rehat dan stres. Timun adalah pilihan terbaik untuk mengatasi masalah ini. Antioksidan yang terdapat dalam timun menghilangkan kerengsaan kulit.
Kesihatan Usus
Untuk memastikan kesihatan usus anda, anda perlu memasukkan makanan yang berserat. Timun adalah salah satu makanan yang tinggi serat.
Sayuran ini juga mengandungi enzim yang disebut sebagai erepsin, yang meningkatkan proses pencernaan dan membantu tubuh untuk menyerap protein.
Atasi masalah mulut berbau
Mungkin ramai yang tak tahu, kebaikan timun juga adalah untuk membantu anda bagi menghilangkan nafas berbau. Bagaimana caranya?
Gunakan timun yang sudah dihiris dan letakkan di antara mulut dan lidah selama 90 saat. Dengan cara ini, fotokimia akan membunuh bakteria yang menyebabkan nafas anda berbau. Mudah sahaja bukan?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila anak batuk tentu kita risau supaya ia tidak berlarutan. Selain mendapatkan rawatan doktor, tak salah jika mencuba menggunakan bahan alami. Apa kata tip yang menggunakan bahan menggunakan dua bahan iaitu madu dan bawang untuk menghilangkan masalah batuk.
Ikuti perkongsian ini.
GUNA 2 BAHAN AJE
Tips Mudah Hilangkan Batuk dalam Masa 1 hari sahaja
Pernah tak batuk berbulan-bulan lama ye walaupun dah makan macam-macam ubat tapi masih juga tak sembuh batuk? Jenuh cuba bermacam-macam cara tapi masih juga tak lega. Apa kata cuba tips di bawah.
Tips Mudah hilangkan batuk dalam 1 hari sahaja dengan bawang putih dan madu :
BAHAN
– 3 – 4 ulas bawang putih yang dikupas dan dicincang halus.
– 1 cawan madu
– Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu
– 1 cawan madu dan bawang yang dicampur ditutup dan disimpan 3 jam sebelum dimakan.
– Selepas 3 jam boleh dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam.
Manfaat bawang putih untuk batuk :
– Bawang putih mempunyai kandungan zat anti mikroba, antibakteri, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.
– Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria yang berbahaya, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.
Kalu nak lebih mudah boleh cuba iv mist untuk legakan batuk. Selamat mencuba dan klik share jika bermanfaat.
Untuk lebih tips
Follow FB : Azliza Talib
Follow ig : @ivlizzbeauty
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buah naga merupakan antara buah-buahan dengan kandungan kalori yang sangat sedikit. Oleh itu ia sangat selamat bagi anda yang menjalani program diet. Buah naga mengandungi nutrien, antioksidan, kalsium, magnesium, fosfor, Vitamin A, B, C dan E, dan beta karoten.
Jumlah kandungan nutrisi yang terkandung dalam buah naga membuktikan bahawa buah ini juga mempunyai banyak manfaat seperti baik untuk pencernaan, menjaga kesihatan mata, mengatasi diabetes, mencegah dan mengatasi penyakit jantung.
Pendek kata buah naga mempunyai manfaat yang baik bagi anda yang ingin memiliki berat badan yang ideal. Untuk mendapatkan hasil yang cepat, amalkan buah naga sebelum makan.
Ya! Buah naga memang sangat membantu mereka yang dalam proses menurunkan berat badan. Melalui perkongsian Norafiza Mahmud dilaman Facebooknya, wanita ini berkongsi tentang kudapan yang diamalkannya bersama seorang rakan semasa tempoh diet.
Hanya dalam tempoh 29 hari, sebanyak 11.5 kg berjaya diturunkan. Walau bagaimanapun ujar wanita ini lagi, ia tentunya memerlukan disiplin dan kesedaran yang tinggi. Ujar wanita ini lagi, sebelum ini rakannya itu selalu mengalami sakit-sakit lutut dan kaki. Badan yang makin bertambah lemak dengan faktor usia yang makin bertambah menjadi pendorong untuk diri dia nekad untuk menurunkan berat badan.
Dikongsikan khasiat buah naga untuk menurunkan berat badan:
Melancarkan metabolisme
Sekiranya anda dalam proses diet, anda perlu menjaga sistem metabolisme dalam tubuh agar sesuai dengan program diet yang anda jalani. Agar program diet anda berkesan, sistem metabolisme anda juga mesti lebih cepat dan lebih baik. Pengambilan buah naga dapat membantu melancarkan metabolisme tubuh anda.
Meningkatkan sistem ketahanan badan
Kandungan vitamin C dalam buah naga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh ketika menjalani program diet. Penting untuk anda memastikan sistem imun anda berada dalam keadaan baik ketika menjalani program diet agar matlamat untuk menurunkan berat badan berjaya mencapai sasaran.
Membakar lemak
Kandungan khasiat buah naga bukan sahaja baik untuk menambahkan nutrien ke dalam tubuh anda tetapi juga dapat membakar lemak dengan lebih berkesan.
Sebagai tambahan pemakanan
Semasa menjalani program diet, anda juga perlu mengambil nutrien tambahan untuk menyokong kejayaan diet anda. Buah naga amat sesuai dijadikan sebagai tambahan pemakanan dalam proses diet anda.
Penghadaman yang lancar
Bagi sebilangan mereka yang sedang menjalani diet, ada yang akan mengalami gangguan pencernaan seperti kesukaran membuang air besar atau cirit-birit. Oleh itu bagi mencegah dan mengatasi masalah ini agar sistem pencernaan anda sentiasa lancar, anda boleh memakan buah naga secara berkala.
Buah naga mempunyai kandungan nutrisi yang sangat baik sebagai menu diet anda. Anda boleh berkarya dengan menu berasaskan buah naga seperti salad atau jus.