Mencipta keunikan dekorasi laman di kediaman keluarga ini, nyata memberi impak yang istimewa. Terlihat comel dan menarik dengan adanya aksesori unik yang diilhamkan sendiri oleh keluarga Sha Sha ini. Walaupun sekadar laman yang kecil, hanya di sudut kiri dan kanan pintu pagar rumah, namun laman ini mampu memberi rasa bahagia buat seisi keluarga.
Ketahui kisah lanjut keluarga ini bersama laman kesayangan mereka. Semoga perkongsian ini dapat memberi ilham buat anda yang suka berkebun bunga.
Deko di laman ini semua saya dan suami buat sendiri. Bercerita tentang idea, kadang-kadang kalau saya pergi jalan-jalan ternampak sesuatu yang cantik, saya dan suami cuba lah buat untuk letak di taman. Sering kali juga saya menyelak-nyelak majalah untuk lihat idea baru dan unik. Bukan itu sahaja, malah turut jadikan inspirasi laman-laman kawan yang cantik untuk direalisasikan di laman yang kecil ini.
Ads
Suami saya rajin jugalah bagi idea dan rajin tolong buat besi-besi deco, anak-anak pun ada yang tolong kalau cuti sekolah, tolong alih-alihkan pasu dan sebagainya.
Semua pokok-pokok ini pada mulanya saya beli di kedai-kedai pokok bunga yang berdekatan dengan tempat saya. Alhamdulillah, semuanya hidup segar dan rajin berbunga. Sebenarnya tiada tip tersendiri, cuma kena rajin bagi baja seminggu sekali dan siram pun 2 kali sehari. Selain itu, bila kita nak bubuh baja tu saya gembur-gemburkan tanahnya. Mana yang tanah kurang saya tambah, kemudian baru bubuh baja.
Ads
Rumah saya jenis teras lot tengah, jadi kawasan yang ada cuma di bahagian depan kiri dan kanan pintu pagar.
Alhamdulillah, dengan taman yang seadanya ini kami sekeluarga berasa happy dan memandang laman ini seakan terapi bagi saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Bukan kami sekeluarga sahaja sukakan laman ini, malah ada juga orang yang lalu lalang di kediaman kami merakam gambar kerana tertarik dengan deko yang kami hasilkan.
Kehilangan orang tersayang ibarat separuh dari diri kita hilang. Apatah lagi, pemergian tersebut secara mengejut.
Malamnya masih bergurau senda, namun esoknya dia sudah tiada lagi. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata bila mendapat berita yang cukup menghibakan.
Perkongsian pelakon Catriona Ross dalam satu program benar-benar menyentuh hati. Kehilangan ibu dalam satu kemalangan benar-benar mengubah hidup pelakon Pujaan Hati Kanda ini.
“Sebelum pemergiannya, ibu selalu bercerita dan berkongsi satu hadis. Waktu itu saya tak tahu ia petikan hadis. Petikan berbunyi dalam sekujur jasad, ada seketul daging. Andai baik daging itu maka baiklah seluruh jasad itu. Andai buruk, maka buruklah seluruh jasad itu.
“Seketul daging itu adalah hati. Jadi, saya selalu fikir apa yang ibu selalu bercerita berulang kali. Lama-kelamaan baru saya faham, dalam mendidik dan menasihati anak, keluarga dan orang sekeliling segalanya adalah berkenaan hati.
“Waktu umur 4-5 tahun, saya dan adik perempuan diminta ibu untuk baca surah-surah lazim sebelum tidur. Esoknya, pantang bagi ibu bila kami bangun dan sebut ‘good morning’. Sebaliknya ibu minta kami bagi salam dan barulah cakap good morning kalau perlu. Itulah antara perkara yang ibu saya lakukan dan saya cuba terapkan dalam mendidik anak-anak sehingga sekarang.
Pesanan ibunya waktu awal perkahwinan dulu masih diingat sehingga kini. Kata arwah, layan dan terima keluarga mentua sebagai keluarga kedua.
“Kalau berkahwin nanti, jangan fikir itu famili mentua, tetapi itulah keluarga kedua kamu. memang menyakitkan bila kehilangan ibu tetapi alhamdulillah Allah berikan ibu mentua yang sangat memahami, penyayang untuk saya jadikan pengganti arwah ibu.
“Mendidik dan membesarkan anak-anak cukup mencabar dan bukan mudah. Bagaimana kita nak betul-betul didik anak supaya mereka hormat kita kerana sayang bukan kerana takut. Saya cuba didik anak dan selalu tanya kenapa hormat mummy, dia kata sebab sayang. Saya tanya lagi kenapa sayang saya, anak saya kata kerana ibu lahirkan saya.
“Untuk seorang anak umur 5-6 tahun sangat meluluhkan jiwa raga kita. Saya tanya kena nak hormat mummy, anak saya kata sebab dia nak bersama tok mummy (ibu saya) di syurga. Jadi dia nak ke syurga, jadi dia perlu hormat semua orang disekelilingnya.
“Insyaallah apa yang saya terapkan pada anak-anak ini adalah hasil didikan ibu saya dulu. Saya harap anak saya membesar dan menyayangi Allah dan Rasul, mentaati agamanya.
Setiap perkahwinan ada pasang surutnya, ada bahagia ada masanya bermasam muka bila tidak sependapat. Namun itu lumrah dalam sesebuah rumah tangga. Sebab tu komunikasi penting dan saling memberi serta menerima antara satu sama lain. Barulah rumah tangga aman bahagia.
Jangan hanya satu pihak sahaja memberi, yg lagi satu tidak menyumbang apa-apa. Kerana perkahwinan bukan hanya sekadar mahu bahagia semata-mata, masalah yang melanda dibiar sepi dan hanya satu pihak sahaja berusaha mengatasinya.
Jika ada ‘rasa yang tak kena’ dalam rumah tangga, kena meluahkan dan cari jalan penyelesaian. Usah menafikan demi menjaga hati yang tersayang, kelak ia akan menjadi barah dalam perhubungan anda suami isteri.
Nak bahagia kena baca perkongsian dari Ustaz Datuk Kazim Elias ini. Menurutnya ada 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no ??♀️??♀️??♀️
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb. 2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha ? Selagi hang boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.” ?
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN •TEGURAN •BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala <3
Kredit : Ustaz Datuk Kazim Elias
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.