Sekiranya menanam pokok blackberry di laman rumah, tentunya kita mengharapkan pokok akan hidup subur dan sekali gus mahu juga merasa hasilnya.
Jadi apa kata ikuti perkongsian daripada Pyan Sempoi yang berkongsi tip dan cara bagaimana pokok blackberry di rumahnya boleh berbuah lebat. Ini perkongsiannya.
Test semai keratan blackberry jenis ‘prime ark freedom’ baru 8 hari cucuk..semua keratan nampak masih segar & tunas dah mula keluar.. InsyaAllah ada harapan hidup jadi anak pokok.
Media yang digunakan campuran peatmoss, cocoapeat & sekam mentah..penggalak akar guna exotic thailand
* jangan tanya jual atau tak yer..sekadar perkongsian teknik pembiakan pokok sahaja
Ads
Buah blackberry dah mula merah..next tunggu warna berubah jadi hitam berkilat pulak baru boleh petik & ngappp. Kalau dah merah macam ni kena bungkus cepat-cepat, kalau tak jadi habuan burung.
Ada bunga yang baru kembang & putik bunga yang baru keluar pon banyak sangat..hasil setelah dipangkas 5-6 minggu lepas..
Ads
Sabaq menunggu akhirnya dapatlah merasa buah blackberry masak berwarna hitam..
Seronok tengok perkembangan dia dari putik, bunga putih, buah muda berwarna hijau, berubah warna jadi merah & akhirnya masak hitam berkilat.
Ads
Buah fresh dari pokok dalam pasu tepi rumah saya..bukan kat oversea tau.
Ekstra info
jenis/variety : Prime Ark Freedom tidak berduri
tahan lasak hujan panas & cepat besar/berbunga
Untuk pertumbuhan saya bagi baja novatec supreme+kopi, tahi kelawar & mol sisa-sisa dapur..untuk ransang bunga & buah saya siram+sembur dengan baja MKP..lepas dah berbunga saya ganti dengan baja buah novatec premium.
Sumber : Pyan Sempoy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kek batik adalah salah satu menu pencuci mulut yang cukup mudah disediakan. Tidak perlu dibakar. Kek ini dibuat dengans tep yang cukup simple.
Tak perlu ada alatan khusus seperti kek lain yang menggunakan mixer dan sebagainya. Semua bahan yang mudah dan ada di dapur ibu-ibu. Yang penting, rasanya pula penuh coklat, lemak dan lazat.
Bagi yang inginkan sedikit kelainan, bolehlah mencuba resepi daripada Puan Zaimah Zakaria ini. Memang cukup menarik kerana menggunakan biskut jejari yang disusun rapi.
Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak berbeza dengan bahan untuk membuat kek batik biasa. Cuma, biskut Marie atau biskut keping ditukarkan dengan biskut jejari.
Jom cuba buat sendiri:
Sy buat kek batik guna biskut jejari tu.. ??
Bahan
1/2 tin susu pekat manis
2 cwn milo
1 ketul butter(250 gm)
2 bungkus biskut jejari
Cara membuat:
1. Pertama sekali, cairkan butter di dalam periuk.
2. Apabila dah cair, masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Kacau sebati. Seterusnya, masukkan pula 2 cawan milo. Adunan ini akan dilapis-lapiskan pada biskut nanti.
3. Mula-mula, lapikkan plastik pada loyang. Kemudian, susun biskut selapis demi selapis. Ambil lebih kurang 1 senduk coklat dan lapiskan di antara lapisan biskut tersebut.
4. Apabila dah siap lapisan paling atas, taburkan apa-apa topping yang anda suka.
Saya gunakan almond nib. Kalau nak tabur lain-lain pun boleh, badam cincang, parutan keju, nestum, atau apa saja mengikut kreativiti.
5. Akhir sekali, sejukkan selama lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.
Beginilah hasilnya apabila disusun dengan biskut jejari tadi. Memang cantik kejadiannya dan lain daripada yang kita biasa tengok.
Bagi yang tertanya-tanya macam mana rupa biskut jejari, boleh rujuk pada gambar di atas, (ada 2-4 batang yang disusun dalam pinggan bersama potongan kek batik.) Biskut jejari ini boleh dibeli secara timbang di kedai runcit atau ada juga yang dah siap dalam paket di pasaraya.
Anak tidur lambat sehingga jam 12 dan 1 pagi memang buat kita rasa risau. Bukan sahaja tak mahu tidur malah masih aktif memanjat ke sana sini dan bermain. Pening juga bila berdepan dengan perkara ini tiap hari.
Perkongsian wanita yang menggelarkan dirinya Mak Dara (MD) disebuah blog peribadinya boleh juga kita jadikan panduan. Paling penting bila anak dah tidur, barulah kita boleh sudahkan kerja kita seperti mengemas dan sebagainya.
Lagi cepat anak tidur, lagi awal kerja-kerja mengemas kita selesai. Bolehlah tidur dengan aman. Jom ikuti perkongsiannya.
Rasanya ramai juga kawan-kawan yang ada masalah anak tidur awal. Lagi malam, lagi galak dia main. Sampai waktu nak berdua dengan suami tu memang payah. Kadang-kadang terpaksa Whatsapp je kalau ada perkara penting nak bincang. Di rumah tak sempat.
Jadi apa nak di buat nak suruh anak tidur awal? Takkan nak bagi pil tidur pulak kan. Beriya suruh anak tidur, akhirnya mak yang tidur dulu. Ayah? Gigit jari sajalah.
1. Kurangkan Tidur Siang Hari Rayna anak MD yang sulung jenis tak tidur siang. Walaupun letih balik dari sekolah, sanggup dia main seorang diri. Jadi, jika anak jenis suka tidur siang.
Cuba ajak anak buat aktiviti yang boleh buat dia bangun. Kalau nak bagi dia tidur pun 1 hingga 2 jam sudah cukup. Bila anak kurang tidur siang, secara automatik pukul 9.30 malam, battery dah lemah. Mata pun dah kuyu. Mak cepat-cepatlah ajak anak masuk tidur.
2. Kurangkan Gula Gula baik untuk beri tenaga. Tapi berlebihan anak boleh jadi over aktif. Itu yang dia jadi galak main sampai ke tengah malam. Dan susah nak tidur awal. Sebaiknya elakkan beri air manis pada anak.
Kalau nak bagi pun sekali dua dah cukup. Kawal, dan jangan ikut permintaan anak. Ajar anak untuk minum air kosong. Gula-gula atau jajan pun tak payah bagi juga. Selain buat anak susah tidur, ia juga merosakkan minda anak.
3. Simpan Gajet Ini MD belajar dari kesilapan sendiri. Yelah masa tu berpantang anak yang ketiga. Anak yang sulong dah boleh bawa diri. Tapi yang kedua ni asyik meragam.
Lagi-lagi bila time nak tidur. Mungkin sebab dulu masa belum ada adik, dia yang tidur bawah ketiak. Jadi nak senang, ayah bebudak ni bagi iPad dan biar sampai dia tertidur sendiri.
Ada sekali tu, bila MD terjaga tengah pagi buta tengok dia masih tak tidur. Rupanya benda ini jadi satu sebab utama, anak jadi payah nak tidur awal.
Akhirnya, MD terpaksa bertegas untuk tak bagi iPad masa anak tidur. Siang hari pun waktu iPad cuma 1-2 jam sahaja. MD lebih rela anak-anak sepahkan rumah, dari ketagih gadjet. Dan lebih rela dengar dia melalak.
4. Masuk Bilik Awal Bersambung dengan point diatas. Memang mulanya anak mengamuk, menangis dan merentan nak iPad. Tapi MD tabahkan hati, buat tak tahu je dan tetap ajak dia masuk bilik dan tidur pukul 10.00 malam.
Tutupkan lampu dan baring atas katil. Padahal waktu tu dia berzikir-zikir nak iPad nak kartun. Ulang perkara yang sama setiap hari. Sampailah rutin tidur lambat dia berjaya diubah. MD suka guna konsep ‘show them who is the BOSS’. Mak ayahlah boss kepada anak-anak. Tunjukkan yang kita ‘in charge’ situasi dan keadaan. Jangan biar anak jadi bos kita.
5. Bina Rutin Tidur Tidur pun ada rutin tau. MD buat pukul 9.30 malam dah masuk balik. Paling lambat 10.30 malam. Suruh anak-anak baring elok-elok. Tutupkan lampu dan buka lampu tidur.
Kemudian bacakan bedtime story untuk anak-anak. Ikutlah buku apa korang nak guna. Kalau boleh bercerita santai lagi bagus. Macam MD campur-campur ada kisah para nabi, dan kisah princess. Lepas tu ajak baca doa tidur dan jom tidur.
Nak ajak anak tidur awal ni, mak pun kenalah berkorban. Yelah, kekadang ada cerita best time pukul 10.00 malam tu kan? Dan jangan pula korang give up, dah buat seminggu tapi anak tak nak. Teruskan buat sampailah anak faham itu adalah rutin tidur yang dia perlu patuh.
Lepas tu barulah korang boleh berdating suami isteri. Heaven gitu! Oh, kat sini ada banyak lagi tips nak ajak anak tidur awal.
Mak ayah yang ada anak perempuan tentu tahu bagaimana perasaan terujanya untuk menggayakan anak-anak agar nampak cantik dan comel bila hendak pergi kemana-mana. Namun dimusim PKP ini, terasa tiada perlunya untuk bersiap dengan pakaian cantik dan didandan kemas, memandangkan semuanya duduk di rumah sahaja.
Pun begitu, lain pula kisahnya buat seorang ayah ini yang sering kali berkongsi video di tiktok sedang merias anak perempuannya yang diberi nama Rania. Difahamkan, ayah ini menjadikan suatu yang rutin setiap kali sebelum anaknya join kelas di zoom meeting.
“Bersiap Untuk Zoom Meeting…”
Menerusi satu perkongsian terkini dari @farismohamad_91 di tiktok berkongsi video sedang menyiapkan anak perempuannya sebelum menyertai zoom meeting. Apa yang menariknya, Rania juga dilihat turut memilih sendiri eyeshadow yang ingin digayakan dan turut memilih rona liptik mengikut citarasanya sendiri dan direalisasikan oleh ayahnya sekali gus penampilan Rania cukup cantik di hadapan kemera.
Sanggup Gunting Shawl
Berkongsi cara untuk pastikan tudung yang dipakai oleh Rania terletak kemas dan tidak terlalu bersar, siapa sangka Faris menggunting sedikit Shawl orang dewasa untuk Rania. Ini kerana menurutnya, bentuk shawl yang besar tidak selesa digunakan oleh anaknya. Bahkan di dalam posting video tersebut, Faris sempat lagi bertanya jikalau ada yang menjual tudung kanak-kanak dia ingin membelinya.
Video ini mendapat tontonan 679 ribu dan rata-rata di ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata pujian melihat kesungguhan seorang ayah menghias anak perempuannya. Malah tidak kurang juga meluahkan rasa rindu zaman kanak-kanak dan berkongsi pengalaman manis bila ayah mereka juga sering mendandan rambut mereka semasa kecil.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Dalam sebuah keluarga, perbezaan itu bukan masalah. Malah, itulah yang menceriakan suasana rumah. Ada yang gemar drama penuh emosi, ada yang tak boleh tinggal...