Nak Pastikan Sotong Dimasak Tak Berbau Hanyir & Mengecut Saiznya, Ikut Petua Mudah Ni. Confirm Menjadi!

Share

Sotong antara makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Geram bila tengok sotong yang segar dan besar-besar saiznya kan. Tetapi pasti terjadi bila dimasak, saiznya mula mengecut.

Jadi, admin nak kongsikan satu perua mudah untuk ibu-ibu bagi memastikan sotong tidak mengecut saiznya apabila dimasak.

Petua ini dikongsikan oleh puan Zin Rose Perodua menerusi laman page Masak Apa Hari Ini. Caranya mudah, hanya gunakan asam keping sahaja.

Mula2 siang sotong buang semua tulang sotong lepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong tu..supaya sng nanti xde la badan ke lain kepala ke lain. Rebus sotong 5-8minit bersama 4@5keping asam keping.

Hasilnya bila masak sotong x hanyir dan saiznya maintain x mengecut. Taklah nanti masa beli beso sotongnya..bila masak kecik jadinya..😆

Cara membuat:

Masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong. Boh 4@5 asam keping
Rebuskan. Dh cukup 5-8minit tutup api.
Lepas tu toskan..blh la di masak.. hasilnya sotong x hanyir..saiz maintain x mengecut lagi bila di masak dan yg plg penting kepala sotong elok terlekat kat badan sotong.

Selamat mencuba!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN