Ramai yang inginkan halaman penuh dengan bunga-bungaan kena rajin tanam pokok. Tapi kena ada ilmu. Bukan main terjah je nak tanam itu dan ini. Kesian pokok mati begitu aje.
Bagi nak berjinak-jinak nak tanam pokok bunga, Cita-cita nak cantikkan halaman rumah, apa salahnya belajar cara ni.
Menarik perkongsian daripada yang pakar, memang kena tahu. Nano Nursery ni ada caranya nak tanam pokok. Pilihan pokoknya adalah pokok bunga kertas. Nampak simple ajer, tapi nak buat pokok ini merimbun dan tumbuh dengan bunga yang lebat ada caranya.
Apa lagi ikut cara pakar ini.
“Saya tunjukan cara tanam bunga kertas yang rimbun boleh cuba kat rumah.”
Ikut gambar ini untuk rujukan
Ads
Letak pokok bunga kertas yang dah hidup kat tempat matahari penuh ya tak mau tempat redup. Tanam dlm bag/ pasu yg sesuai. Saya guna tanah campur. Nak guna tanah lain pun boleh tak kisahLetak kayu kat tengah2 sbgai sokongan. Naikan pokok ke atas lilit kat kayuAmbik tali/dawai ikat bahagian bawahIkat pulak bahagian atas macam dalam gambarIkat kemas-kemas.Bila bunga dh habis gugur potong ranting pokokBiarkan togel mcm ni. Lepas trim mesti buh bajaBaja tayam (baja tahi ayam) untuk tumbesaran pokokBaja tayam campur baja 12+12 ( macam dlm gmbr) gaulkan sekali pon tak pe baja tu. Pakai baja bunga kat kedai tu pon boleh jugak tapi mesti campur dgn baja tayam. Lepas baja mesti siram ye bagi baja merasap ke tanah. Kalau tak hujan hari-hari kena siram yePokok akan tunas baru dan keluarkan bungaTengok tunas banyak kuarkan, kena rajin potong/ trim n baja, Baja pokok 2 minggu sekali.Ulang lagi proses tadi bila bunga dah gugur ye
Nanti pokok akan jadi macam niBila dah rimbun!
Wow mudah ajer. Yang penting kena rajin. Apa lagi, ilmu tanam pokok bunga kertas dah tahu. Jom kita tanam pokok minggu ni.
Umumnya bila bulan Mei, anak-anak kita yang bersekolah rendah begitu teruja untuk membeli pelbagai hadiah untuk diberikan kepada guru kesayangan mereka bersempena Sambutan Hari Guru.
Pun begitu, seorang ibu ini lebih selesa memberikan sesuatu yang berbeza daripada biasa untuk guru-guru anaknya dengan menghadiahkan anak pokok daun kesum.
Mungkin idea ini boleh dijadikan contoh. Untuk itu jom kita lihat perkongsian daripadanya.
Banyak-banyak pokok…pokok Kesom yang serasi dengan saya…
Tempohari ajar anak menyemai Kesom, Alhamdulillah sihat semuanya..
Hajatnya nak dijadikan hadiah hari guru 16 May nanti.Ada masa lagi nak bagi pokok ni membesar .
Caranya:
1. Cantas pucuk dari pokok induk.
2. Buang daun hanya tinggalkan 2 ker 3 helai sahaja.
3.Terus cucuk ke tanah (gunakan tanah merah+tanah hitam di nursery).. Pastikan tanah lembap.
4. Masukkan bekas semaian dalam bekas bertakung air selama seminggu.
5.Spray pucuk tadi pagi petang
6.Letak tempat redup.Tak perlu baja pada masa ni..
Sumber :Siti Annallyssa via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian daripada seorang wanita ini di facebook, apabila kita hayati nyata mampu menyentuh hati kita semua.
Walau hanya dengan menaiki motosikal, niat murninya untuk membantu seorang pakcik tua yang sedang berjalan kaki di tepi highway dan ketulusan hatinya yang sedaya mungkin cuba menolong warga emas itu, wajar dipuji.
Diharapkan semoga keluarga kita juga terdiri daripada orang-orang yang suka membantu orang lain yang dalam kesusahan agar hidup kita bahagia dan membahagiakan.
Untuk itu, ini perkongsian kisahnya.
KISAH SEORANG PAKCIK BERJALAN KAKI DI TEPI HIGHWAY DARI SG DUA SEBERANG KE TAIPING
“Aku dah nampak dia dari jauh berjalan kaki menghala ke simpang tol Jawi. Aku terus sebab aku nak pi Tol Alor Pongsu.
Tapi hati aku tergerak nak tolong pakcik ni. Aku pusing balik dan lawan arah sampai ke simpang tol tu. Aku berhenti dan tunggu pakcik tu sampai kat aku.”
Sementara menunggu aku simpan wallet dan fon dalam pocket kerana aku tak tau pakcik ni jahat ka baik lagi pun aku perempuan. Lepas 2 minit macam tu pakcik tu sampai.
Aku : Assalamualaikum pakcik (Pakcik tu berkopiah).
Pakcik : Waalaikumusalam ya anak , ada apa ?
Aku : Pakcik nak pi mana jalan tengah-tengah highway ni?
Pakcik :Pakcik nak pi Taiping … Lepas jawab dia terus sambung perjalanan.
Aku : Pikiaq punya pikiaq …. Aku pun gerak depan sikit dekat pakcik tanya dia “nak saya tumpang kan pakcik”
Pakcik : Tak pa la nak (dalam nada sayu, takut dan serba salah dan sambung lagi jalan.
Aku : Terpikiaq lagi nak tolong hantaq tak dak helmet tapi niat nak tolong … Tak pa la pakcik saya tolong pakcik , saya nak hantar sampai Taiping tapi saya pulak tak dak hamet lebih , saya tawakal tumpang kan pakcik p bustop parit buntaq dan saya ambek tiket kat pakcik … Itu saja saya mampu tolong
Pakcik : Tak menyusahkan anak ke , pakcik tak nak susah kan sapa-sapa (ayaq mata pun jatuh)
Aku : Mungkin rezeki pakcik dari bantuan saya ni .
PAKCIK pun naik dan kami teruskan perjalanan dengan pakcik tak ber helmet dan aku pun tawakal. Sambil atas moto aku tanya pakcik
Aku : Pakcik dari mana dan nak ke mana?
Pakcik : Pakcik dari SG DUA SEBERANG nak ke TAIPING
Aku : Pakcik orang Taiping ke?
Pakcik : Tak , pakcik orang Lenggong, pakcik p Sg Dua sebab nak cari KERJA tapi tak dak kerja jadi pakcik nak balik rumah pakcik di Taiping
Aku : Dah berapa jam perjalanan pakcik , saya rasa mungkin lebih 30km dari SG DUA
Pakcik : Pakcik keluar sesudah SOLAT SUBUH dan sampai sekarang
Aku : Pakcik dah makan ?
Pakcik : Belum nak (dengan nada suara yang sayu)
Aku : Tak pa lah pakcik sat lagi sampai stesen bas saya beli tiket kat pakcik kemudian kita makan
ELOK SAMPAI STESEN BAS PARIT BUNTAQ
Pakcik : ANakkk !!!!! Ni bas Taiping !!!! Dengan gembira tersenyum dia habaq kat aku .
Aku pun p tanya kaunter bas pukul berapa dan kami smpai 3.38pm ada lebih kurang setengah jam sebelum bas brgerak pukul 4… Aku toleh tegok pakcik tu tengah duduk di kerusi urut kaki dia …
Berlinang ayaq mata aku. Aku p dekat dia cakap “pakcik bas pukul 4 , jom saya belanja pakcik makan ”
Pakcik : tak pa lah anak ,pakcik nak tggu bas …
Aku : Aku merayu “jom la pakcik ,terima laa bantuan saya ni ”
Pakcik : Tak pa anak , anak dah banyak tolong pakcik. Moga murah rezeki anak , di panjang kan usia anak. Aku pun p kedai beli bekalan Roti 3 paks air 1 botol dan bagi duit rm15 … RM5 untuk tambang dan RM10 untuk makan.
Moga Allah swt permudahkan kan perjalanan pakcik
Elok aku p dekat parking moto dan pandang pakcik tu dah naik bas dan aku ternampak pakcik tu menangis.
Dan apabila kisah ini menjadi viral, wanita ini juga mendapat banyak komen positif daripada netizen.
Dan ini sebahagian daripadanya, semoga diharapkan lebih ramai lagi anak-anak kita mempunyai hati mulia untuk sanggup membantu orang lain yang dalam kesusahan seperti Norsyifarina ini.
Sejak Isnin lalu, telah bermulanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi anak-anak tingkatan lima seluruh negara. Ketika ini segala rasa takut, cemas, gementar ada dalam jiwa anak-anak dan juga ibu bapa kerana peperiksaan inilah sebagai penentu untuk masa depan pendidikan mereka.
Bagi mengelakkan rasa cemas dan buntu ketika memikirkan jawapan sepanjang peperiksaan berlangsung, Pendakwah Selebriti, Ustaz Don telah memberi tip untuk adik-adik calon SPM di laman Instagramnya. Dia yang ketika itu sedang dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah sempat ‘belanja’ gambar lama ketika tahun 2014, iaitu 13 tahun selepas habis menduduki peperiksaan tersebut.
“Berpesan para Ulama’ dan orang-orang soleh, ketika menduduki peperiksaan, banyakkan berselawat terutamanya ketika kita buntu tak dapat jawapan, letakkan pen ataupun pensil seketika, luangkan masa 5 minit untuk berselawat hanya 5 minit jaa. InshaaAllah berkat selawat yang kita baca tadi, Allah akan membuka Futuhat (pintu2 kefahaman) supaya kita memahami dan ada idea untuk kita menjawab soalan yang kita buntu tadi. Berkat nama Nabi Muhammad SAW. Wallahu’alam” tulisnya.
Dalam pada itu, Ustaz Don berharap tip ini dapat membantu adik-adik yang menduduki SPM.
.
“Semoga tips ini membantu abang-abang dan kakak-kakak yang sedang menduduki SPM yang dalam keadaan cemas dan sebagainya yang hanya tinggai diri dia dengan Allah ta’ala sahaja ketika peperiksaan itu, membantu. Wallahu’alam.” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, ada beberapa pengikut di laman Instagram ustaz mengakui keberkesanan mengamalkan selawat ketika buntu dan panik semasa peperiksaan berlangsung. Malah ada yang turut mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi tip untuk anak-anak SPM
Sumber : Instagram Ustaz Don Daniyal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jus tembikai tanpa air tular selepas konsep 100% isi buah segar diperkenalkan. Peniaga asal berlapang dada apabila idea ditiru dan anggap ia soal rezeki.