Nak Semai Benih Kunyit, Guna Kertas Basah Letak Tempat Gelap, Hasilnya Merimbun!

Share

Nak tanam kunyit hidup ni nampak aje senang tapi jika salah caranya pokok tak menjadi subur.

Bagi yang bercadang nak tanam pokok di halaman rumah boleh cuba cara ini.

Ikuti kaedah yang dikongsi oleh Razak Adom, yang menunjukkan cara cambah benihnya. Jadi lepas ni tidak perlu membeli kunyit hidup lagi di pasar. Hasil tanaman pun gemuk-gemuk.

 

 

Cara menyemai benih kunyit.

  1. Pilih isi-isi  kunyit yang bermata tunas untuk di semai.
  2. Alas bekas dgn 2 lapiasan surat khabar basah.
  3. Susun isi kunyit dlm bekas tu.
  4. Tutup bhg atas benih dgn 2 lapis s/kbr basah.

5.Letak di tempat gelap. (Dlm almari/kotak/bungkus dgn kain. Jgn tutup mati, sbb benda hidup perlukn udara)

6. Periksa seleps 2 minggu. Keluarkan benih yg dh bertunas panjang ( lebih 1 1/2 inci), semai dlm polibag.

7.Tunas yg masih pendek/belum tumbuh, masukkan semula dlm bekas. Basahkn lg skbar penutup. Sambung proses pengeraman.

 

8.Periksa lg selepas seminggu. Begitulh seterusnya sehingga semua benih mgluarkn tunas. Buang benih yg busuk/buruk.

 

Sumber: Razak Adom

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

IKLAN