“Nama Dipanggil, Tiada Sahutan” – Meninggal Sebelum Sempat Ambil Daging Korban.

Share

Jika sampai ajalnya, ia akan tiba tepat pada waktunya, tanpa ditunda mahupun dipercepat.

Hasrat seorang lelaki untuk mengambil agihan daging korban di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Masjid Tanah di sini, hari ini tidak kesampaian apabila tiba-tiba rebah dan disahkan meninggal dunia.

 

 

Ini sebagaimana memetik laporan berita Kosmo, difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, Abd. Malik Bakar, 55, ditemui pihak penganjur dalam keadaan tidak sedarkan diri di pusat khidmat tersebut.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, hasil siasatan awal mendapati arwah dikatakan sedang menunggu giliran untuk mengambil daging korban yang diagihkan.

“Semasa majlis sedang berlangsung, nama arwah telah dipanggil oleh penganjur untuk menerima daging korban, namun tiada sahutan.

“Penganjur kemudian menjumpai arwah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dia telah dibaringkan di atas sofa sebelum mendapatkan bantuan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Tambahnya, panggilan kecemasan hospital telah dibuat oleh Pegawai Khas Parlimen Masjid Tanah dan ambulans dari Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru tiba di lokasi kira-kira 30 minit kemudian.

Arshad berkata, mayat arwah telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya lagi, majlis agihan daging korban itu dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang turut dihadiri Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sumber : KOSMO

IKLAN