Nampak Biasa Aje Bila Ayah Suap Anak Makan. Tapi Inilah Kunci Kebahagiaan & Rezeki Melimpah Ruah

Share

Pernah dengar tak, orang kata, anak-anak ni adalah rezeki buat ibubapa. Lagi ramai anak yang kita ada, lagi bertambah rezeki keluarga itu.
Malah layanan ibu bapa yang baik kepada anak walaupun ada yang meragam, akan buatkan rezeki tidak berkira dengan kita.

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)

Perkongsian seorang guru,Mohd Fadli Salleh mengenai bapa yang sabar melayan kerenah anaknya begitu mengagumkan. Malah, demi memujuk anaknya, sanggup disuapkan asalkan anaknya makan.

Inspirasi buat mereka yang bergelar ibu bapa. Sabar kerenah anak-anak, pastnya menjanjikan kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah.

Pagi ni Mesyuarat Agung PIBG kat sekolah aku. Ramai la cikgu-cikgu bawa anak ke sekolah termasuk si Ucu Rizal. Puan isteri dia pun ada meeting PIBG juga.

Anak empat, seorang bawa dua. Haha adil gituh mereka agih. Rizal bawa anak dia ke kantin sarapan pagi dulu.

“Jannah nak makan nasi ke roti?” tanya si Rizal.

“Nak makan gula-gula,” balas anak dia lantas ambil gula-gula dalam beg pink dia.

Tu diaaaa. Tanya nasi atau roti, gula-gula si anak minta. Hahaha. Lepas tu si ayah tak nak bagi gula-gula, Jannah merajuk pula.

Dah kena makan bersuap. Haha, sweet betul.

Sumber: FB Mohd Fadli Salleh

IKLAN