“Nampaknya Mak Soraya Yang Lagi Teruja”, Gelagat Ain Edruce Unboxing Hadiah Hari Jadi Anak Buat Peminat Terhibur

Share

Biasanya bila anak menyambut ulang tahun kelahiran terutama yang pertama kali, pasti golongan ibu yang paling teruja sekali.

Bermula dengan perkongsian imbasan momen melahirkan, sambutan majlis hari jadi sampailah ke acara membuka hadiah, ‘mak-mak’ paling teruja sekali.

Pengacara dan pelakon tinggi lampai, Ain Edruce yang terkenal dengan karektor bersahaja dan kelakar pun sama sahaja dengan ibu-ibu lain.

Ain selalu berkongsi pelbagai video lucu gelagatnya bersama suami dan anak sulung mereka, Soraya yang sering membuatkan peminat terhibur.

Foto: Instagram Ain Edruce

Baru-baru ini dia yang memuat naik video unboxing hadiah hari jadi anaknya dan macam biasa Ain sentiasa bersemangat dan teruja membuka 100 hadiah yang diterima semasa majlis sambutan majlis hari jadi.

Sebenarnya si comel Soraya menyambut ulang tahun pertamanya pada 19 Mei lalu tetapi majlis ulang tahun dibuat pada 22 Mei dan Ain baru berkongsi video mereka sekeluarga membuka hadiah-hadiah tersebut di channel YouTubenya.

Jarang Beli Mainan Untuk Soraya

Kebanyakan hadiah yang diterima terdiri daripada pelbagai alat permainan untuk Soraya. Menurut Ain, dia sememangnya kurang membeli alat permainan untuk Soraya selama ini.

Jadi pelbagai hadiah permainan yang diterima tersebut amat dihargai dan pasti akan digunakan oleh Soraya.

Foto: Instagram Ain Edruce

Bagaimanapun reaksi Ain yang bersemangat membuka hadiah-hadiah tersebut sementara suaminya Amirul yang terkenal bermuka selamba dalam semua video mereka menjadi perhatian peminatnya.

 

Ramai yang menonton video di YouTube Ain berasa lucu melihat gelagat Ain dan merasakan dia yang terlebih gembira membuka hadiah-hadiah tersebut berbanding Soraya yang masih tak faham apa-apa lagi.

Orang kata biasanya pasangan suami isteri yang berlawanan karektor ini bahagia hidupnya. Mungkin itulah antara rahsia bahagia Ain Edruce yang happy go lucky

dan “gila-gila” sementara suaminya pula pendiam dan macam tiada perasaan itu.

Untuk rekod, Ain Edruce berkahwin dengan Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 19 Mei 2021.

Nak banyak info tentang kehamilan dan persediaan bersalin, jangan lupa join webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN 

IKLAN