“Nanti Mama Buat Lagi…”-Keputusan IVF Negatif, Isteri Achey Sayu Pujuk Anak Nak Adik!

Share

Sebagai pasangan suami isteri tentunya mendambakan mempunyai zuriat penyambung keturunan. Namun hidup ini penuh ujian hingga ada yang telah pun berbelas tahun mendirikan rumah tangga namun belum lagi dikurniakan rezeki anak.

Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan, namun kita hanya merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang.

Inilah yang dikongsikan oleh pelawak dan pelakon, Achey pasrah apabila keputusan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dilakukan isterinya, Anne tidak berjaya.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Menerusi hantaran video dalam Instagram miliknya, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 36, dilihat menenangkan isterinya yang tidak dapat menahan sebak setelah mendapat tahu keputusan rawatan tersebut.

“Syukur alhamdulillah, reda. Anne (isterinya) mohon bangkit dengan kuat,” tulis Achey menerusi ruangan kapsyen.

Achey juga meminta sedikit ruang buat isteri tercinta, Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah yang masih dalam keadaan berduka.

“Empat bulan keluar masuk sini…. jumpa lagi… bukan tak move on tapi ianya sedikit perlahan… ruang masa mungkin lebih..”

Malah video pendek itu turut memperlihatkan betapa isterinya sedih berada di kerusi roda sambil memeluk erat achey yang nampak begitu tenang menerima berita pilu ini.

 

Begitu juga menerusi perkongsian Anne di laman sosialnya turut berkongsi berita sedih tersebut dengan anak angkatnya. Di lihat Tiara menangis apabila mengetahui dirinya tidak dapat menjadi seorang kakak.

“Kita usaha,Allah menentukan….Mungkin belum ada rezeki utk kita….Kakak sabar ya,insyaAllah ada rezekinya nanti…😢😢😭😢 kalau kakak sedih,mama dgn ayah 10x lagi sedih….Mama sayang awak dan ayah awak” tulisnya di kapsyen hantaran video yang cukup menyentuh hati hingga mengundang sedih warganet.

Sumber : Ig @anne_achey._ dan @acheykintangkintung 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN