Nasi Ayam Kukus Simple & Mudah Caranya. Masak Dalam Mangkuk, Unik Tapi Sedap!

Share

Pelbagai resipi Nasi Ayam yang dikongsikan di media sosial baik oleh tukang masak terkenal mahupun orang biasa.  Semuanya mengikut citarasa dan cara tersendiri.

Namun perkongsian puan Munierah Eyra ini cukup unik dan lain dari yang lain. Dia menggunakan bekas kecil yang diletakkan beras lengkap dengan bahan-bahan lain. Nak tahu caranya,jom tengok perkongsian ini.

pa nak try buat nasi ayam kukus simple dan mudah boleh tgk resepi kat bawah.Masak pun dalam mangkuk plastik ikea je..😉

NASI AYAM KUKUS

Bahan:
– beras 5 sudu makan
– halia tumbuk lumat²
– bawang putih tumbuk lumat²
– daun sup/daun bawang
– 1 sudu kecil stock ayam maggie setiap mangkuk
– ayam (perap dgn halia,bawang putih,pati ayam sikit
-tomato,timun

*p/s:tak payah guna garam dah cukup rasa

Bahan tumbuk tu, letak setengah sudu kecil setiap mangkuk..

Basuh beras dan selawat kemudian letak dalam mangkuk, letak bahan tumbuk, daun sup sikit, letak air cukup tenggelam beras atau lebih 1cm sikit, letak pati ayam, letak ayam seketul.

Beras 5 sudu setiap mangkuk
Ada dalam 5 mangkuk
Masuk halia dgn bawang putih

Satu sudu kecil stock ayam jangan lebih
Air paras tenggelam beras sikit
Macam ni lebih kurang

Kukus 30 minit atau lebih..

Letak ayam dan daun sup
Boleh kukus 30minit atau lebih sehingga masak
Dah siap!!!

Supnya buat mcm biasa,kalau nak simple tumis,bawang merah dan lebihan halia dgn bawah putih tadi,masuk ayam,air, pati ayam dan daun sup dah siap!!!😅😅😅

Sos
-cili merah
-bawang putih
-sos cili
-garam dan gula
-Air sikit
*blander pastu masak atas api..

Ok simple kan resepinya…Selamat Mencuba!!!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub

IKLAN