Tanggal 31 Ogos sudah menjadi tarikh keramat dan menjadi ingatan semua rakyat Malaysia. Sambutan Hari Kemerdekaan ini disambut oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. Tahun ini, 61 tahun negara merdeka daripada dijajah oleh kuasa asing. Bagaimana pula dengan diri kita?

Tip mencapai kebebasan diri

Merdeka sudah sinonim dengan pengertian kebebasan. Namun, tanpa sedar kebebasan sebenar haruslah bermula daripada dalam diri sendiri supaya hidup dalam keadaan harmoni dan terhindar daripada perkara negatif.

1. Kenali diri anda

Anda tidak mampu mengecapi kemerdekaan diri sekiranya tidak mengenali diri anda sebaiknya. Tanyakan diri anda: “Adakah saya bercakap benar?” Perhatikan jurang antara perasaan dalam diri anda, kata-kata dan tingkah laku anda. Sebagai contoh, dalam sesetengah perkara anda mungkin mengiyakan sesuatu tetapi sebaliknya ada mungkin menidakkannya dan tidak mahu melakukannya.

2. Tingkatkan kemahiran diri

Kemahiran adalah jalan pendek bagi kebebasan luaran. Lebih banyak kemahiran yang anda ada, lebih banyak perkara yang anda boleh lakukan dan mungkin membuka pelbagai peluang dalam hidup anda. Malah, anda juga boleh menikmati pekerjaan yang anda sukai dan meninggalkan pekerjaan yang tidak memberi keserasian pada diri anda.

3. Bina rangkaian anda

IKLAN

Orang adalah sumber pertama yang boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan hubungan persahabatan, keintiman emosi, penghargaan bantuan, maklumat dan lain-lain. Orang yang mahir secara sosialnya dapat menambah kenalan dengan mudah dan membolehkan anda menikmati pelbagai pengalaman sosial dengan baik.

Semakin ramai kenalan yang ada peroleh, semakin tinggi kualitinya dan semakin banyak kebebasan yang anda akan alami. Libatkan diri anda dalam aktiviti sosial untuk berjumpa orang baru dan cuba untuk membina hubungan yang berkualiti. Jadilah positif dan mesra, dan kebanyakan orang akan bertindak balas dengan baik.

Negara Dah Merdeka. Anda Bila Lagi? Semak Tip Ini Untuk Kebebasan Diri

4. Merdekakan emosi

IKLAN

Kurangkan tekanan dan menggalakkan kebahagiaan. Kebebasan emosi bermakna anda boleh membuat keputusan peribadi dan menghadapi realiti kehidupan yang mencabar tanpa membabitkan orang lain.

Kemerdekaan emosi juga boleh menyebabkan kurang penderitaan dan kekecewaan, kerana anda tidak bergantung kepada orang lain untuk memenuhi keperluan emosi anda. Walau bagaimanapun, adalah baik untuk memahami bahawa sokongan sosial diperlukan, tetapi anda masih boleh mendapatkannya tanpa perlu bergantung secara emosional.

Negara Dah Merdeka. Anda Bila Lagi? Semak Tip Ini Untuk Kebebasan Diri

5. Kebebasan kewangan

IKLAN

Apabila membabitkan kemerdekaan peribadi, tiada kepuasan yang setanding dengan keupayaan untuk menguruskan perbelanjaan diri.Kemerdekaan kewangan bermakna anda boleh mengawal pendapatan dan perbelanjaan peribadi. Kemampuan untuk menampung diri tanpa bergantung kepada ibu bapa, keluarga, sahabat atau pasangan.

Lebih banyak anda belajar untuk bebas dari segi kewangan, ia mengurangkan tekanan hidup kerana anda mampu menguruskan perbelanjaan dengan baik.

Negara Dah Merdeka. Anda Bila Lagi? Semak Tip Ini Untuk Kebebasan Diri

6. Nilai dan harga diri

Kebebasan dapat membantu meningkatkan nilai dan harga diri anda, lebih-lebih lagi jika berdikari adalah salah satu tujuan anda. Pencapaian kewangan, emosi, sosial, kerjaya dan kebebasan peribadi memberikan anda pencapaian yang akhirnya mengubah bagaimana anda menilai diri anda dan bagaimana pandangan orang lain.

Peningkatan nilai diri yang datang dengan kebebasan ini merupakan penggalak yang hebat untuk kejayaan diri dan kejayaan peribadi anda.

Sumber :  

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI