Netizen Kagum Dengan Perkongsian Dr Tentang Nota Duit Belanja Pada Isteri. Deep!

Share

Perkahwinan adalah sebuah perkongsian kehidupan buat pasangan suami isteri. Kala dalam tempoh ikatan kasih sayang pastinya ada cabaran suka dan duka.

Namun, jika pasangan saling melengkapi antara satu sama lain, tentunya kebahagian itu sentiasa menyenari rumahtangga itu.

Begitu yang dipaparkan perkongsian seorang doktor ini melayani isterinya tanpa berkira. Malah meninggalkan cebiasan nota dan duit belanja buat isteri cukup manis membuatkan rumahtangga itu bahagia.

Malah cebisan nota ini yang dikongsi di facebook beliau telah mendapat sharing sehingga 16K telah menarik perhatian netizen yang melahirkan rasa kagum cara melayani isterinya.

Ikuti perkongsian cara beliau membahagiakan keluarga.

Nanti Ita check atas meja. Kot ada apa-apa rezeki ya. Love you.”


Biasanya aku akan menghantar whatsapp begitu jika aku siap dulu ketempat kerja setiap pagi. Jika isteri pergi dulu, biasanya dia akan periksa sendiri atas meja apa yang ada sambil-sambil dia sediakan sarapan pagi untuk kami.

Jika sempat, aku kongsikan sepotong ayat Alquran atau hadis pada nota. Kalau tak sempat aku hanya tinggalkan nota ringkas atau hanya duit saja.
Setiap hari aku akan bagi duit belanja makan minum untuk kami sekeluarga. Bermula dari 18 tahun lepas lagi. Ya, itu nafkah suami kepada keluarga. Itu tanggungjawab seorang suami selaku ketua keluarga.

Sejak dari awal perkahwinan kami, aku mulakan dengan sedikit. Dari tahun ke tahun, gaji aku naik maka aku tambah sikit demi sedikit. Almaklumlah, keluarga pun semakin besar. Belanja pun semakin tinggi.

“Abang, takyah lah bagi duit belanja banyak sangat. Ita pun kerja. Ada gaji,” ujar isteri.
“Eh mana boleh. Belanja makan dan pakai keluarga mesti abang. Itu kan nafkah. Tanggungjawab abang. Jangan sesekali guna duit ita,” balas aku.

Duit isteri adalah untuk belanja diri dia sendiri. Bukan untuk keluarga.
Setiap kali aku memberi, isteri akan tanya, “eh abang! Banyak sangat ni. Nanti abang tak cukup duit lak.”

“Alah tak banyak mana pun. Abang ada lagi ni,” balasku. Itu selalu akan aku jawab.
Tak ternilai dengan wang ringgit pun pengorbanan seorang isteri kepada kita dan keluarga.
Walaupun kadang kala aku ‘kekeringan’, aku tetap berusaha untuk beri belanja kepada keluarga. Itu tanggungjawab suami dan bapa kepada anak-anak. Muka mesti buat tenang. Takut dia terperasan.

“Alah, takde duit. Benda boleh settle lah. Kita kan anak jantan” – aku bermonolog kadang-kadang.
Rezeki sikit, sikit lah. Jika banyak maka banyak lah. Ikut kemampuan. Alhamdulillah, masih cukup untuk kami sekeluarga.

‎”Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa’ : Ayat 31)
Segala makan minum, pakaian, rumah, kereta, pendidikan anak-anak dan lain-lain keperluan rumahtangga aku yang bertanggungjawab. Itu kewajipan. Itu juga prinsip aku.

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. (Surah al-Nisa’ ayat 34)
Membelanjakan harta untuk isteri dan keluarga bukan sekadar kewajipan malah ia satu amalan yang disukai Allah.

Walaupun si isteri bekerja dan makan gaji, tak kiralah gaji si isteri lagi besar dari si suami, kewajipan itu harus diletakkan kepada ketua keluarga iaitu si suami.
Semoga si suami seluruhnya dimurahkan rezeki. Amin

Sumber: Ahmad Zakimi Abdullah

IKLAN