Ni Cara Betul Buat Daging Goreng Kunyit Jadi Basah-basah Sikit. Barulah Sedap!

Share

Tinggal beberapa hari kita umat Islam akan meraikan Raya Haji dan bila sebut sahaja Raya Korban tentunya kita turut terbayang keenakan hidangan berasaskan daging korban.

Mungkin sudah ada difikiran, menu istimewa yang ingin disediakan daripada daging korban yang diterima. Namun buat anda yang masih tercari-cari, resipi yang enak dan menepati citarasa keluarga, apa kata anda cuba sediakan Daging Goreng Kunyit seperti yang dikongsian oleh Dani J Tang.

Sape suka macam ni? Basah-basah sikit. Ni bukan daging korban, saya guna daging dari pasaraya je.

Daging goreng kunyit cara saya

Bahan-bahan:

  1. Daging hiris ikut suka
  2. kacang panjang hiris
  3. Bawang holland hiris
  4. Cili hiris

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan periuk @ kuali. Letak daging. Hidupkan api. Biar air daging keluar. Masukkan sos tiram & serbuk kunyit.
  2. Masak sampai empuk. Tambah air jika perlu. Kacau-kacau biar semua sebati dan lembut serata.
  3. Bila daging dah lembut, air dah kering & tinggal sikit, dia akan terbit minyak dari lemak-lemak daging tu. Kalau nak tambah minyak silakan. Terpulang. Kalau saya memang tak tambah dah sebab tak suka daging jadi garing.
  4. Masukkan bawang dan kacang panjang. Gaul sebati. Bila bawang dah layu. Masukkan cili.
  5. Kalau saya, tak perlu garam dah sebab dah guna sos tiram. Rasa lah ye, kalau perlu garam dan gula sila tambah.

Nota : saya doakan sesapa yang nampak post ni senantiasa diberi rezeki kesihatan, rezeki anak-anak, mudah dapat kerja, hidupnya sentiasa tenang, bahagia dan bebas dari hasad dengki.

Sumber : Dani J Tang via MAHN 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

IKLAN