Pastinya ramai yang telah menonton filem animasi Mechamato yang ‘terpaling’ hebat hingga mendapat pujian bukan sahaja buat peminat cilik malah buat peminat dewasa juga.

Mengenali lebih dekat pemilik asal suara watak Amato dalam filem Mechamato iaitu Armand Ezra mendedahkan cabaran paling sukar untuknya adalah apabila suaranya kini semakin ‘membesar’ seiring dengan pertambahan usianya yang kini mencecah 16 tahun.

Ni Pelakon Suara Amato Dalam Filem Mechamato. Kini Bimbang Suaranya Semakin ‘Membesar’!

Armand berkata, dia mula melibatkan diri sebagai pelakon alih suara sejak berusia 14 tahun namun selepas dua tahun suaranya semakin garau.

 

 

“Perubahan suara saya itu membuatkan saya susah hati sebab dulu suara saya kecil dan apabila meningkat dewasa suara semakin garau,” katanya.

Berkongsi lanjut bagaimana dirinya boleh terlibat di dalam projek Mechamato, difahamkan sejak daripada kecil memang meminati watak Boboiboy.

IKLAN

Ni Pelakon Suara Amato Dalam Filem Mechamato. Kini Bimbang Suaranya Semakin ‘Membesar’!

“Kalau ada komik, mainan, atau movie semua keluar memang menonton banyak kali. Dan sanggup beli semuanya. Jadi apabila ada peluang untuk uji bakat, saya memang buat bersunguh-sunguh.

“Di rumah saya ada buku dan tulis berkali-kali ‘saya nak jadi pelakon suara watak Amato’, kemudian di hadapan cermin saya bayangkan telah dapat watak tersebut untuk menjiwainya.

“Syukur selepas melalui sesi ujibakat saya dapat  watak Amato dan saya menangis menerima perkhabaran tersebut,” ceritanya panjang lebar.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

IKLAN

 

 

Bila semakin dikenali, Armand akui sedikit sebanyak turut mempengaruhi kehidupannya.

“Lepas sahaja cerita Mechamato ini, saya akui orang mula memanggilnya  Mat Tomato malah ada juga yang meminta saya untuk buat suara MechaBot, MECHANIZE . Bahkan ramai juga yang meminta untuk buat video bersama untuk buat suara Amato.

Sumber :Instagram armandezra & Mstar

IKLAN

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Ni Pelakon Suara Amato Dalam Filem Mechamato. Kini Bimbang Suaranya Semakin ‘Membesar’!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI