Nubhan Ambil Tugas Jaga Anak Buah Selepas Kakak & Abang Ipar Positif Covid-19. Mohon Didoakan!

Share

Dengan peningkatan jumlah pesakit Covid-19, saban hari semakin bertambah pula insan-insan yang kita kenali dan rapat menjadi mangsa wabak ini. Tentunya hal ini menjadi suatu perkhabaran yang membuatkan hati kita gusar, sebak dan berharap agar mereka itu segera sembuh. Sekali gus mengharapkan agar segera diangkat penyakit yang cukup digeruni ini dan agar kita dapat hidup seperti sedia kala.

Terbaharu, meninjau perkongsian daripada penyanyi Nubhan di akaun instagramnya,  rupanya kini dia mengambil tugas menjaga empat anak buahnya selepas kakak dan abang ipar disahkan positif Covid-19.

Nubhan berkata, dia berasa sebak melihat keadaan kakak dan abang iparnya yang terpaksa berjauhan dengan anak-anak mereka buat sementara waktu.

 

“Hari ini (dua hari lepas) kakak dan abang ipar saya disahkan positif Covid-19, namun hasil saringan yang dijalankan terhadap anak-anak mereka adalah negatif.

“Jadi saya akan menjaga mereka sementara ibu bapa mereka menjalani tempoh kuarantin di rumah. Doakan agar mereka semua selamat.

Baru Kehilangan Keluarga Akibat Covid-19

Menurut Nubhan lagi, bahawa abang iparnya baru saja kehilangan ibu serta adiknya akibat wabak Covid-19.

“Jadi bertimpa-timpa dugaan yang dihadapi keluarga kami hingga membuatkan saya berada sebak. Sama-sama kita doakan semoga famili saya dan kita semua dilindungi,” ujarnya dan memohon agar warganet turut mendoakan kesembuhan buat kakak dan abang iparnya.

Ahli Keluarga Lain Juga Dijangkiti

Menurut Nubhan, ketika ini bukan sahaja kakak dan abang iparnya disahkan positif, malah terdapat ahli keluarga lain turut dijangkiti wabak berkenaan.

“Jadi sebak bila tengok ahli keluarga dalam keadaan begini. Apabila sudah pulih nanti, saya akan bawa anak buah kembali bertemu ibu bapanya.

“Keluarga saya ada yang menderita kerana Covid-19. Ada yang di pusat kuarantin dan menjalani kuarantin sendiri.

“Ya Allah… bila Covid-19 ini nak berakhir… Sedih bila dengar berita-berita begini,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai yang mendoakan agar segera sembuh dan ramai juga memuji tindakan Nubhan untuk menjaga anak-anak buahnya. Bahkan ramai juga yang tumpang sebak dan mengalirkan air mata melihat empat beradik terpaksa meninggalkan ibu dan ayah yang positf Covid-19 di rumah bersendirian.

Sumber : Ig @nubhan.ahamad

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN