Nubhan Ceraikan Isteri Selepas 10 Tahun Hidup Bersama, Naik Mahkamah Syariah Esok

Share

Pengesahan Lafaz Cerai Nubhan Di Mahkamah Syariah Esok

Penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Nubhan, dilaporkan bakal menghadiri prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, di Mahkamah Rendah Syariah Sepang esok. Berita mengenai pengesahan lafaz cerai Nubhan ini mengejutkan ramai peminat yang mengikuti perjalanan rumah tangganya selama sedekad.

Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai Nubhan Difailkan Awal September

Menurut sumber terdekat pasangan berkenaan, permohonan pengesahan lafaz talak itu telah difailkan oleh Nubhan atau nama penuhnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, pada awal bulan September lalu.

“Setakat yang saya dimaklumkan, esok merupakan prosiding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di mahkamah syariah.

“Bila lafaz cerai itu dibuat kena tanya kepadanya. Mereka berdua akan hadir bersama peguam masing-masing,” ujar sumber yang enggan dikenali.

Pasangan Tidak Lagi Tinggal Sebumbung

Apabila ditanya mengenai punca permohonan tersebut, sumber berkenaan memilih untuk tidak mengulas lanjut dan meminta agar soalan itu diajukan sendiri kepada penyanyi berkenaan.

Namun, beliau mengesahkan bahawa pasangan tersebut kini tidak lagi tinggal sebumbung sejak Nubhan melafazkan talak sekitar Ogos lalu.

“Mereka sudah tinggal berasingan. Tiga anak mereka yang kesemuanya masih kecil berada bawah jagaan isterinya,” katanya lagi.

Peguam Sahkan Kehadiran Di Mahkamah Esok

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Dr. Afifah Hidayah, Datuk Akberdin Abdul Kader, turut mengesahkan bahawa anak guamnya akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi prosiding sebutan pertama seperti dijadualkan.

 

“Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini.

“Cuma saya tak pasti sama ada hakim akan beri keputusan atau mengesahkan perceraian mereka esok kerana biasanya perlu ada siasatan dulu.

“Punca diceraikan, kita tunggu sahaja esok. Sebarang maklum balas membabitkan anak guam saya boleh dijawab selepas prosiding selesai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Latar Belakang Perkahwinan Nubhan Dan Isteri

Datuk Akberdin sebelum ini juga pernah mewakili beberapa selebriti terkenal termasuk Puteri Sarah Liyana, Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Sharnaaz Ahmad, Harith Iskander serta bekas isterinya, Dr. Jezamine Lim.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah Hidayah yang merupakan seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8 tahun; Ahmad Aaffan, 6 tahun; dan Afzan Nayille yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Kosmo online

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE