Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggungnya. Diuji dengan ujian yang cukup berat, namun anak muda ini cukup positig orangnya.

Kisah anak muda bernama Fahmi ini dikongsikan oleh wanita bernama Natipah Abu menerusi laman facebooknya baru-baru ini.


Fahmi lahir dan membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain. Namun ketika usianya 7 tahun .. pembesarannya mula menunjukkan tanda-tanda ada masalah bila selalu saja terjatuh.
Menginjak usia 8 tahun .. Fahmi akhirnya sudah tidak boleh berjalan lagi hinggalah ke hari ini. Otot-otot kaki semakin mengecil, hilang deria rasa dan fungsi.
Sungguh pun dalam keadaan serba kekurangan .. Fahmi berjaya menamatkan persekolahan di sekolah aliran biasa dan menduduki SPM. 

IKLAN

Otot Kaki Mengecil, Hilang Fungsi & Buah Pinggang Bermasalah. Fahmi Anggap Kekurangan Diri Satu Anugerah, Mahu Miliki Pendapatan Sendiri & Bantu Ibu
Sepanjang zaman persekolahannya … samada ketika di sekolah rendah atau menengah .. Fahmi mendapat kerjasama yang baik dari pihak pentadbir sekolah. Dia selalu ditempatkan di kelas tingkat bawah.
Dengan motosikal .. ayah menghantar Fahmi berulang alik ke sekolah setiap hari. Fahmi duduk di atas raga motosikal… depan ayah.
Di sekolah, dia mengurus sendiri diri tanpa mengharapkan bantuan . Perasaan malu juga tak pernah wujud di dalam hatinya .
Dia tidak pernah meletakkan dirinya di bawah berbanding rakan sebaya lain kerana baginya .. kekurangan dirinya adalah satu anugerah yang tidak harus dipersoalkan.
Ketika itu .. Fahmi menyimpan impian untuk berjaya sama seperti orang lain . Hendak membantu dan membalas segala pengorbanan dan kasih sayang emak dan ayah.
Namun apa daya .. dia ternyata terpaksa melupakan impiannya untuk mengikuti kursus kemahiran kerana perlu tinggal jauh dari rumah sebaik tamat SPM kerana bedsorenya perlu di cuci dan dirawat dengan sempurna oleh keluarga.

IKLAN

Otot Kaki Mengecil, Hilang Fungsi & Buah Pinggang Bermasalah. Fahmi Anggap Kekurangan Diri Satu Anugerah, Mahu Miliki Pendapatan Sendiri & Bantu Ibu
Ketika usia 18 tahun juga .. buah pinggang Fahmi mulai ada masalah dan dia terpaksa menjalani dialisis. Selama menjalani dialisis .. ayahlah yang paling banyak berkorban dalam soal menguruskan Fahmi.
Kini … ayah telah tiada. Pergi mengadap Illahi sejak tiga tahun lalu. Sejak ayah pergi .. Fahmi merasakan terlalu kehilangan .
Anak ke empat ini dari lima beradik ini , masih menyimpan cita-cita untuk bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri walaupun dia tahu … segala itu sudah tidak mungkin lagi. Mujurlah ada wang bantuan JKM .. dapatlah meringankan ibu menguruskan keperluan Fahmi.

IKLAN

Otot Kaki Mengecil, Hilang Fungsi & Buah Pinggang Bermasalah. Fahmi Anggap Kekurangan Diri Satu Anugerah, Mahu Miliki Pendapatan Sendiri & Bantu Ibu
Selain barang dapur , lampin pakai buang dan wang tunai, kita juga telah menyumbang sebuah “ mini cooper biru “ menggantikan kereta tuanya yang sudah tinggal tiga selinder itu.
Besarlah harapan .. semoga satu hari nanti ada cara untuk membantu Fahmi menjana pendapatan sendiri walau dari rumah kerana dia seorang anak muda yang berfikiran positif. 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI