Padanlah Resipi Nasi Arab Ni Sedap, Mudah Je & Tak Guna Rempah Pun. Suami Puji Macam Makan Kat Kedai!

Share

Jika sebelum ini, kalau nak makan Nasi Arabn kena ke restoran atau kedai yang menjual. Apa tidaknya, menu yang satu ini sedikit ‘rumit’ nak buat. Malah, kena ada rempah khusus untuk membuatnya.
Tetapi kini tidak lagi, kalau ibu-ibu nak masak sendiri di rumah, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Norashikin Ismail . Cara yangh mudah tapi sedap. Tak perlu guna rempah yang jual di kedai pun. Siap suami puji sedap macam makan kat kedai. Jom kita cuba!
Alhamdulillah betul² sedap resepi Nasi Arab nie .. tanpa guna rempah yang dijual pun ….resepi dari group nie jgk…Asben n ank² puji sedap & sama macam mkn kat kedai….terbaik resepi nie ….

Bahan untuk rebusan ayam & sup & Nasi

1 ekor ayam potong 4
1 biji tomato belah 4*
1 bji bawang besar belah 4@6*
1 sk jintan manis (biji)*
1 sk ketumbar (biji)*
2 sk lada hitam*
3 biji buah pelaga*
2 kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma ( saya guna 2sb )
Akar ketumbar
Garam
( Bahan² bertanda untuk rebusan ayam tak payah blend ye..masuk je macam tu .. nak kuah lebih tambah ckit bahan² )
Untuk nasi

Tumis bwg besar setgh bji mayang*
halia seinci & 3 sekwn*
2sb mentega *
Air rebusan ayam
1 cwn beras 1 1/2 cwn air ( Basmathi )
Garam

– tumis semua bahan* diatas masukkan dalam beras yg siap dicuci tambah air rebusan ayam & daun ketumbar … Ambil ayam yg direbus masukkan sekali dalam nasi .
Sambal arab

Cili api & cili merah
Tomato
Bwg putih
Daun ketumbar
Garam & Gula
(Blend + jus lemon)
Salatoh

Timun dadu
Tomato dadu
Bawang besar dadu
Garam & Gula
( Satukan semua perah lemon )
Ayam yg nk versi bakar ( Sya lebih suka versi msuk dlm nasi..lembut sgt isi

Serbuk kari
Serbuk cili
Sos tiram
Garam
Brown sugar / madu (saya guna madu)
Minyak masak (2 sdb)
( Perap ayam seketika & bakar dlm oven dgn suhu 150°c selama 20-30 mnit )

IKLAN