Berikutan kemelut rumahtangga yang berlaku, akhirnya pelakon Puteri Sarah Liyana mengambil keputusan untuk membuat tuntutan cerai terhadap suaminya, pengarah Syamsul Yusof.

Puteri Sarah selamat tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur kira-kira jam 10.25 pagi untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya itu.

Puteri Sarah yang memakai jubah serta tudung serba hitam itu hadir bersama dua orang adik beradiknya.

“Semalam balik shooting jam 1 pagi dan hari ini sudah bersedia untuk segalanya.

“Pagi ini saya bangun dengan bersemangat,” katanya ringkas kepada media sebelum meneruskan urusannya.

“Alhamdulillah syukur, segalanya sudah selesai difailkan. Saya sangat lega kerana satu beban sudah pun dilepaskan. 10 hari lagi saya akan menunaikan umrah. Semoga saya akan tenang sahaja bila di sana nanti.

“Kalau ikutkan, tahun ini sudah cukup sembilan tahun usia perkahwinan kami. Sebenarnya tarikh 7 Mac yang mahkamah berikan untuk prosiding memang cukup significant kerana 8 Mac itu genap ulang tahun perkahwinan kami.

IKLAN

“Ia memang satu kebetulan. Alhamdulillah, cukup sembilan tahun saya menjadi isteri kepada Muhammad Syamsul. Nampaknya sudah tiada rezeki perhubungan kami,” katanya.

Tambahnya, dia langsung tidak merasakan apa-apa kerana menganggap ia adalah pengakhiran untuk permulaan 9 tahun lepas.

“Saya tak rasa apa-apa dah. Saya rasa kita mulakan perkahwinan ini 8 Mac dan kita akhiri juga pada 8 Mac,” ujarnya.

Peguam yang mewakili pelakon itu, Datuk Akberdin Abdul kader turut memberitahu yang proses hari ini berjalan dengan lancar.

“Urusan semua berjalan dengan lancar. Kita dah failkan permohonan untuk cerai. Mahkamah telah putuskan tarikh sebutan pertama pada 7 Mac tahun ini.

IKLAN

“Selepas itu, kita akan serahkan saman kepada defendant, Syamsul Yusof dan dia perlu hadir pada tarikh tersebut. Ini adalah tindakan pertama saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga bersedia untuk melalui proses prosedur yang panjang asalkan telah melalui proses berkenaan.

“Saya tidak kisah jika kes ini berlarutan. Namun apa yang penting saya lega sudah menfailkan penceraian hari ini.

“Malah Syamsul sendiri sudah sedia maklum mengenai perkara ini selepas dia tidak menyekat saya di media sosial lagi.

“Dia ada ajak saya berbincang, bagaimanapun ia belum berlaku memandangkan masing-masing sibuk dengan pengambaran.

IKLAN

“Dia ada menghubungi saya semalam, tapi saya tidak boleh mendedahkan apa mesej yang dihantar,” ujar Puteri Sarah.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin membuat tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu yang dikatakan tidak menemui jalan perdamaian.

Malah enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand, baru-baru ini.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI