”Pak Azad, Makan Sahur Macam Berbuka.” Cara Eira Santuni Suami Ketika Sahur, Tarik Perhatian Warganet.

Share

Siapa yang tak kenal dengan pasangan sweet couple, selebriti Eira Syazira dan Azad Jasmin ini sentiasa berkongsi kehidupan keluarga kecil mereka buat peminatnya.

Baru-baru ini, viral pelakon Azad Jasmin menunaikan impian isterinya, aktres Eira Syazira untuk memiliki sebuah ‘rumah impian’. Azad atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Azad turut merakam momen indah ketika membuat kejutan untuk isteri tersayang.

Terbaharu menerusi hantaran video yang dimuat naik Eira di Instagram, memperlihatkan Pak Azad bersahur bersama keluarga hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apa yang menarik perhatian, celoteh Azad dan  Eira yang sibuk menghidangkan sahur buat keluarga di kediaman baru.

Malah pasangan serasi ini tidak sangka live yang dibuat ketika sahur tetap mendapat tontonan ramai.

Dalam pada itu, menerusi tonton video kelihatan secara spontan Eira santuni Pak Azad dengan menghulur hidangan. Malah sempat membebel apabila Pak Azad yang hampir menumpahkan kuah di atas meja makan.

Eira juga turut memberitahu kepada peminatnya bahawa Pak Azad seorang yang berselera ketika sahur.

Melihat keadaan rumah dan lauk pauk yang banyak di hidang di meja, ada yang bertanyakan mengenai pembantu rumah pasangan selebiri ini. Jelas Eira pembantunya telah pulang ke negara jiran atas urusan keluarga.

“Pak Azad sahur dah macam berbuka”- Eira

Selera sungguh Pak Azad, sebaliknya anaknya Ammara Sofea Rose pula kelihatan tak berselera ketika bersahur.

Spontan! Pandai Eira layan suami. Patutlah makin sweet.

Sumber: eirasyaziraofficial

Trending:  https://www.keluarga.my/siap-siaga-pdpr-wanita-ini-guna-wang-i-sinar-bina-rumah-mini-untuk-anak-siap-ada-bilik-untuk-belajar-inspirasi/

Trending: http://www.keluarga.my/pam-kiri-kanan-dapat-1-jug-penuh-susu-badan-terlampau-banyak-perkongsian-wanita-ini-tarik-perhatian-warganet/

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN